Honda Malaysiacivic 2007 enjin mati

U
This review was posted by
a verified customer
Verified customer
Review updated:

Saya adalah pemilik Honda Civic Model tahun 2007 dengan no pendaftaran kereta saya PHL7160. Sila ambil perhatian kepada masalah saya yang saya kira adalah serius kerana ia amat merbahaya dan bole mengancam nyawa.
Sejak 2 minggu yang lalu kereta saya menghadapi masalah enjin yang tiba2 mati sewakttu dalam pemanduan. Pada mulanya saya menyangka ia hanyalah masalah berkaitan dengan CD Player sahaja kerana tiba2 player menjadi senyap, namun apabila ia terjadi dalam keadaan saya sedang memandu di atas jalan termasuk ketika mengambil corner di lampu isyarat serta dlm keadaan free gear, saya merasakan yang ianya bukanlah masalah biasa dan ianya serius.
Masalah yang saya hadapi ialah enjin tiba2 mati dalam beberapa saat, semua 'power' yang terdapat dalam kenderaan seolah2 di 'cut-off' buat beberapa saat dan kemudian hidup dengan sendirinya.
Saya membawa kereta saya ke Lee Motor Honda Sungai Petani untuk pemeriksaan pada 23 mac 2011 yang lalu, pemeriksaan berkomputer tidak menjumpai apa2 kerosakan pada enjin kereta saya. technician hanya ' clear DTC Code', setelah itu saya menggunakan kereta seperti biasa dan menganggap masalah itu selesai, namun pada hari ke 4 masalah yg sama kembali berulang dan kali ini 5 kali enjin kereta saya mati sewaktu memandu dan kemuncaknya enjin mati terus dan saya terpaksa start enjin semula ketika sedang berhenti di lampu isyarat. Saya membawa semula kereta ke Lee Motor Honda Sg Petani dan meminta servis centre membuat full inspection untuk menyelesaikan masalah saya. saya terpaksa meninggalkan kereta selama 2 hari utk tujuan itu dan berharap masalah sama tidak berulang. Pada 1 april 2011 saya telah pergi mengambil semula kereta saya. Saya dimaklumkan masalah itu berlaku kerana Fuel Strainer sudah over usage dan diminta membayar Rm 372.80 bagi parts dan upah kerja tersebut.saya amat berharap masalah itu akan selesai setelah menukar part tersebut, Namun MALANGnya..pada hari ini 3 April 2011 masalah itu kembali berulang, hari ini sudah 3 kali enjin kereta saya mati beberapa saat sewaktu dijalanan dalam keadaan dlm pemanduan dan sekali sewaktu berada dalam free gear..APAKAH MASALAH YG SEBENARNYA DENGAN KERETA SAYA? SAYA AMAT KECEWA DENGAN SERVIS DARI LEE MOTOR HONDA INI. APAKAH TECHNICIAN2 HONDA NI ADALAH TECHNICIAN2 YG TIDAK TERLATIH DAN TIDAK MAHIR DENGAN PRODUK MEREKA SENDIRI?? SAYA HARAP PIHAK HONDA MALAYSIA SILA AMBIL KES SAYA INI SEBAGAI SESUATU YG SERIUS..BAYANGKAN JIKA MEMANDU DI KELAJUAN 100KMJ DAN TIBA2 ENJIN MATI, SEMUA POWER CUT-OFF, APA AKAN JADI KEPADA SEMUA PENUMPANG DLM KERETA SAYA?? DAN BAGAIMANA DGN KENDERAAN LAIN YG BERADA DI DEPAN DAN DI BELAKANG KERETA SAYA?? SEMUA ORG TERDEDAH KEPADA BAHAYA DAN MAUT JIKA MASALAH INI TAK DAPAT DISELESAIKAN HONDA MALAYSIA...SILA AMBIL PERHATIAN!!

HUBUNGI SAYA SEGERA...[protected]@gmail.com

Responses

  • Ka
    Kayatz Marsidi Jan 27, 2019
    This comment was posted by
    a verified customer
    Verified customer

    dah settle ke belum ni bg? apa solution nya..

    0 Votes

Post your comment

    By clicking Submit you are agreeing to the Complaints Board’s Terms and Conditions