SUBMIT A COMPLAINT

Pizza Hut Kinta Citylayanan yang kurang mesra

Pada 22/1/2014, sy telah mengunjungi pizza hut kinta city ipoh lebih kurang pkl 3:55 ptg. setibanya saya disana, tiada pelayan yang menyambut atau memberikan menu, sy telah duduk di salah sebuah meja yang masih tidak berkemas lagi. sy menunggu lebih 10 minit untuk diambil pesanan. pelayan yang bertugas hanya 2 orang manakala pekerja selebihnya hanya keluar dan masuk dari dapur dan ke ruang hadapan sambil bersembang dengan pengurus yang sedang mengira akaun.
ketika saya menunggu, tiada pelayan yg datang bertanya padahal meja sebelah saya baru diambil pesanan. mereka tidak memandang ke arah saya langsung, alasan mereka hanya 2 orang pelayan yang bekerja padahal hanya ada 16 pelanggan sahaja di dalam restoran. saya sangat kecewa dengan layanan mereka kerana pada waktu itu saya sangat lapar dan saya sedang mengandung. ada pekerja mereka yang menyedari says duduk disitu tetapi tidak mengambil apa- apa tindakan. harapan saya pada masa hadapan supaya mereka dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan kerana saya merupakan salah seorang pelanggan tetap pizza hut.

Fy
Jan 22, 2015

Post your comment