The complaint has been investigated and
resolved to the customer's satisfaction
Resolved
Pizza Hut Kangar Perlisservice double standard

I

Pada 27.10.09 (Selasa), lebih kurang pukul 1.30 ptg, saya dan anak2 pergi ke pizza hut kangar perlis utk memesan pizza (Take away) semasa saya dan anak-anak masuk ke premis itu, hanya saya dan anak2 saja yg ada, tiada pelanggan lain, dan saya pun terus ke kaunter pesanan untuk memesan pizza, saya menunggu lebih kurang 4 minit kerana staff yg bernama azwandy dikaunter itu sedang bercakap menggunakan telefon bimbitnya. Dalam pada itu masuk seorang lagi pelanggan juga terus ke kaunter pesanan. Staff yg bernama azwandy terus mematikan telefon bimbitnya dan melayan pelangan yg datang kemudian dari saya. Sayapun bertanya terus kepada staff yg bernama azwandy bukankah kena ikut first come first served. Staff bernama azwandy tidak mempedulikan kata-kata saya, sambil melayan pelanggan yg datang kemudian dari saya. Oleh kerana petanyaan tak dijawab saya dan anak-anak keluar dar premis itu sambil menangis kerana boleh dikatakan setiap minggu saya dan anak-anak pergi ke pizza hut. Saya amat kesal dgn sikapnya yg berkerja dgn pizza hut. Pizza hut adalah salah sebuah restoran yg terbesar di malaysia. Adakah staff yg berkerja tak diberikan latihan yg secukupnya. Untuk pengetahuan semua saya juga berkerja dalam industri makanan dan minuman. Adakah pihak pizza hut terlepas pandang oleh kerana premis ini dlm bandar yg kecil seperti kangar ini.

Responses

  • In
    INGAT Oct 27, 2009

    saya bersetuju dengan komen INGAT kerna pekara yg hampir sama terjadi dengan saya, pekerja yang sama encik azwandi.mungkin dia supervisor atau manager.malu company besar camni kalau kalau ada orang camni

    0 Votes
  • Sp
    SP Oct 27, 2009

    Perkara yang lebih teruk berlaku kak sungai petani, dekat vilage mall.
    Casheir selalu tak ada kak counter.
    Bila order, suruh tunngu 10 minit, pada hal selepas sejam pun tak siap.
    Saya nampak dengan mata sendiri, orang belakang dah dapat, tapi saya tak dapat.
    Pada hal Pizza dah siap, ada kak belakang counter, sup pula tak ada.
    Bila panggil store manager keluar dan tanya dia tak jawap.
    Kerana takut dia terus bayar wang balik. Pada hal itu bukan kita mau.
    Dia orang nin mamang kurung latihan dan tidak tahu menjalankan urusan restoran.
    Dia orang ni tau kelan kabut sahaja. Kerja tak jadi, customer jadi mangsa.

    0 Votes
  • Or
    Orang perlis Nov 14, 2009

    Saya pergi ke pizza kangar pada 14 Nov 2009. Sebenarnya saya bukanlah suka sangat makanan ni tetapi disebabkan desakan isteri dan anak2 saya pun terpaksa ikut serta. Sewaktu saya sampai salah seorang pekerjanya sedang mengutip pinggan dimeja. Pinggan dan sudu dillemparkan sahaja kedalam bekas mengisi pinggan dan mengeluarkan bunyi yang amat bising. Langsung tidak ambil peduli orang kiri kanan yang dekat dengan dia. Yang paling mengecewakan ialah pesanan makanan lebih satu jam tetapi masih belum siap. Ada juga beberapa pelanggan yang sudah balik begitu sahaja kerana terlalu lama menunggu. Saya sudah 3 kali mengingatkan bahawa saya sudah lama menunggu tetapi mereka hanya memberitahu bahawa makanan sudah hampir siap. Hampir sejam setengah mendengar alasan yang sama saya terus pulang. Bayangkan saya hanya diberi air dan sup tetapi harganya RM30 sedangkan hanya untuk 4 orang. Saya sudah serik untuk datang lagi.
    Apa yang saya perasan adalah budak2 yang kerja disini sering bergurau sesama sendiri dan tidak serius dalam menjalankan tugas. Ada yang asyik menulis sms dan bergayut di telefon. Saya cadangkan agar pihak pizza HQ rombak balik staff di Pizza kangar ini dan berikan latihan yang cukup. Saya rasa pihak pizza perlu ikut contoh KFC. Staffnya bagus dan berdisiplin.

    0 Votes
  • Be
    Bengong Nov 14, 2009

    Saya pun ingin luahkan rasa tidak puas hati. Perkara yang sama berlaku baru saja tadi. Staff pizza hut perlis ini langsung tidak ambik peduli tentang pelanggan. Saya terpaksa menunggu lebih sejam setengah. Sepatutnya pizza siap tak sampai 5 minit. Tapi ambil masa yang terlalu lama. Layanan pula tidak mesra. Minta hantar air pun kena ingatkan sampai 5 kali. Itu belum minta hantar sup pula. Sup yang sepatutnya sudah siap pun ambil masa lama. Pizza tu lain la cerita kerana perlu masak. Baik makan kat kedai luar lagi cepat.
    Satu lagi saya amat setuju pandangan diatas bahawa staff pizza perlis ni amat tidak berdisiplin. Selalu buat sambil lewa sahaja dengan pelanggan. Tempat lain saya tengok ok saja. Mesti pengurus cawangan sini makan gaji buta sahaja. Harap2 dia baca message ni supaya dia sedar.
    Lagi satu pizza ni tak ada customer servis untuk kita complain. Mungkin pizza tak nak dikomplain kot. Kalau kat luar negara tu layan sangat mesra. Di malaysia ni macam hampeh.

    0 Votes
  • Ad
    adilalak Nov 23, 2009

    u all
    complain kat sini

    http://www.qsrbrands.com/english/FlashSite/customercare/CustomerWishForm.asp

    so nanti memang area manager diorang atau operation manager diorang dapat tahu.

    0 Votes
  • Ad
    adilalak Nov 23, 2009

    http://www.qsrbrands.com/english/FlashSite/customercare/CustomerWishForm.asp

    0 Votes
  • Na
    nazrin_pk Feb 04, 2010

    Pizza Hut tidak ada QA untuk pekerjanya dan sekiranya ada pasti setiap Restoran mempunyai prosedur kerja yang sama yang memastikan setiap pelanggan mendapat layanan yang sama pada setiap restoran yang dikunjungi. Contohnya rata-rata saya pergi di restoran Pizza Hut di lembah Kelang, saya telah mendapat layanan yang sangat baik tetapi setelah saya berpindah di utara semenanjung malaysia saya dapati kebanyakan restoran Pizza Hut di utara adalah tersangat teruk!!!

    Saya pernah ke beberapa restoran dan kebanyakannya pekerja restoran tidak mempedulikan pelanggan dan membiarkan pelanggan walaupun dipanggil beberapa kali. Saya boleh katakan yang terburuk sekali adalah restoran Pizza Hut di Alor Setar berhanpiran dengan pekan rabu. menunggu untuk diambil order lebih daripada sepuluh minit manakala terpaksa menunggu pizza lebih daripada 40 minit. Apakah servis yang buruk seperti ini masih lagi wujud walaupun restoran bertaraf antarabangsa yang bertapak di negara kita...(Malaysia Boleh!!!)

    Pizza hut perlu mengambil tindakan dan rombakan terhadap sistemnya...mengapakah ini boleh berlaku, tiada pemantauan terhadap etika kerja pekerja? ataupun gaji yang diberikan tidak setimpal dengan kerja? ...entahlah hanya pizza hut sendiri yang boleh menjawab.

    0 Votes
  • Pe
    perlis Apr 27, 2011
    This comment was posted by
    a verified customer
    Verified customer

    Saya bersetuju dengan complaint mengenai staf pizza hut kangar. sudahlah tax services tu boleh dikira tinggi tapi layanan memang teruk jika nak dibandingkan dengan negeri lain. tempat bukan main lagi cantik dibuat pembaharuan tapi kakitangan tidak menjaga pelanggan langsung. Sudahlah keadaan sangat bising staf pulak lambat buat keje makanan lambat sampai...letak makanan macam hendak tak hendak aja macam nak runtuh meja dibuatnya. Apabila ditegur boleh mereka bergelak manager pun sama 2 x 5. kami makan kat situ kami bayar bukannya free dik oiii kalau macam tu lebih baik kami makan kat restoran lain kalau layanan yang lebih baik...

    0 Votes
  • Be
    BENGGANG GILER May 03, 2012

    saya setuju komen2 di atas sbb saya dr kl berpindah keje ke perlis. Saya mmg suka pizza so satu ari saya membuat pesanan pizza sambil menunggu saya memerhati seorg cashier dan manager pizza kgr membuat panggilan talipon bagi jawatan kosong di pizza kgr...ade ke patut cashier tersebut mengoyakkan resume tersebut disbbkan panggilan tidak di jawab ..hanya sekali shj panggilan di buat .sungguh kurang sopan ...saya hanya mampu menggelengkan kepala shj manager pun sama 2 x5 malah x ditegur lgsg cashier tersebut ...baru2 nie saya pergi ke pizza kgr untuk makan dinner...para pekerja berlonggokkan di suatu tmpt smbil berborak2, ade yg sms ngan hphone tanpa menpedulikan customer yg ade situ...so payah kami hendak memanggil mereka ape gunakan service cas tpi mereka tidak menjalankan tggjwb sebgai pekerja pizza...saya harap pihak pengurusan pizza dapat mengambil tindakan tatatertib...

    0 Votes

Post your comment

    By clicking Submit you are agreeing to the Complaints Board’s Terms and Conditions

    IN THE NEWS

    Unhappy consumers gather online at Complaintsboard.com and have already logged thousands of complaints.
    If you see dozens of complaints about a certain company on ComplaintsBoard, walk away.
    One of the largest consumer sites online. Posting here your concerns means good exposure for your issues.
    A consumer site aimed at exposing unethical companies and business practices.
    ComplaintsBoard is a good source for product and company gripes from especially dissatisfied people.
    You'll definitely get some directions on how customer service can best solve your problem.
    Do a little research on the seller. Visit consumer complaint websites like ComplaintsBoard.