Menu
J&T Express

J&T Express review: Tingkah laku pekerja

F
Author of the review
12:53 am EST

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya merupakan salah seorang pelanggan J&T Express Malaysia ingin membuat aduan tentang satu perkara berkaitan parcel.

Pada 18 Februari 2020, suami saya telah pos satu barang ([protected]) dari cawangan Kamunting. Pekerja di situ bertanya apakah barang tersebut dan suami saya telah menjawab 'telefon' dengan mengandaikan mereka bersikap jujur. Pekerja itu telah bertanyakan telefon apa di dalamnya dan suami saya jawab Samsung. Pekerja tersebut juga bertanyakan sama ada hendak mengambil insurans atau tidak terhadap parcel. Suami saya tunggu sehingga parcel selesai dibungkus. Suami telah menghantar gambar parcel itu pada saya.

Pada keesokan harinya, saya terkejut apabila saya mendapat parcel yang begitu besar dan tidak sama seperti suami saya hantar semalam. Apabila saya buka, terdapat beberapa parcel lain di dalam. Saya berasa hairan tetapi masih berfikiran positif. Setelah 3 lapisan, baru ada parcel sebenar yang diposkan oleh suami saya. Saya pun buka dan Alhamdulillah telefon masih ada di dalam.

Tetapi, suami saya telah mambalut kotak telefon dengan surat khabar dan telah di "cellotape" di sekeliling. Malangnya, tidak terdapat secebis surat khabar pun pada kotak tersebut malah kotak tersebut telah kotor. Jadi, saya mengandaikan parcel saya telah dibuka oleh pekerja J&T. Oleh kerana telefon tersebut telah disetkan password dan akaun, mungkin pekerja tidak jadi untuk mengambilnya.

Jadi, saya berharap pihak J&T dapat mengambil tindakan atas aduan yang diterima. Walaupun parcel sampai dalam keadaan selamat, saya sedikit kecewa kerana sikap tidak jujur oleh segelintir pekerja. Hal ini membuatkan kami di pihak pelanggan tidak lagi mempercayai perkhidmatan yang diberikan oleh J&T.

Terima kasih.

View 0 more photos
0 comments
Add a comment