The most trusted and popular consumer complaints website
Explore your opportunities! Create an account or Sign In

CIMB AutoFinance - Wisma Nusantara / Tidak Puas Hati Layanan Kakitangan CIMB AutoFinance - Wisma Nusantara

1 Malaysia Review updated:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Saya merupakan salah seorang pelanggan yang telah membuat pinjaman kenderaan daripada CIMB (Cawangan Kuantan) pada tahun 2006 untuk pembelian sebuah kenderaan. Tempoh pinjaman tersebut adalah selama tujuh (7) tahun. Sehingga sekarang, saya tidak pernah gagal untuk membuat bayaran ansuran bulanan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank. Baru-baru ini, saya bercadang untuk menukar kenderaan tersebut kepada kenderaan lain dan bercadang untuk melunaskan baki pinjaman kepada pihak bank. Untuk itu, saya memerlukan penyata terkini berhubung baki sebenar jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan. Untuk itu, pada 19 Januari 2009, saya telah menghubungi CIMB Cawangan Kuantan (bercakap dengan Encik Jefri) untuk mendapatkan jumlah tersebut. Walau bagaimanapun, saya difahamkan bahawa maklumat tersebut hanya boleh diperoleh dengan menghubungi CIMB AutoFinance yang terletak di Wisma Nusantara, Kuala Lumpur. Setelah mendapatkan maklumat daripada talian [protected], saya telah cuba untuk menghubungi cawangan terbabit memandangkan saya memerlukan maklumat tersebut dengan kadar segera.

Pun begitu, maklumbalas yang saya terima amat mendukacitakan. Saya mula menghubungi talian yang diberikan iaitu 03-[protected] bermula pada pukul 1.00 petang. Saya cekalkan hati untuk membuat panggilan walaupun selepas berbelas-belas kali cubaan saya untuk menembusi talian tersebut masih gagal kerana saya amat memerlukan maklumat tersebut dengan kadar segera. Kecewa dengan layanan yang diterima, saya cuba menghubungi talian [protected] semula untuk mendapatkan bantuan. Saya telah diberi nombor lain iaitu 03-[protected] untuk dihubungi. Keadaan yang sama juga berlaku malah lebih mendukacitakan di mana talian disambut tetapi tidak dijawab. Ini kerana saya dapat mendengar perbualan dan gelak tawa kakitangan yang berada di sana tanpa mempedulikan kehendak saya sebagai pelanggan. Malah saya juga muak mendengar kata-kata ‘Panggilan anda penting bagi kami’ setiap kali cubaan untuk meghubungi dibuat. Memandangkan saya perlu menghadiri mesyuarat pada sebelah petang, sebagai alternatif lain saya telah mengfakskan surat permohonan untuk mendapatkan penyata tersebut. Saya mengakui kesilapan saya untuk menandatangani surat tersebut semasa penghantaran kali pertama kerana berada dalam keadaan tergesa-gesa. Mujurlah saya menyedari kesilapan tersebut dan telah membuat penghantaran semula sebanyak 2 salinan dan saya masih menyimpan dokumen bukti penghantaran tersebut jika keadaan memerlukan.

Saya kemudian meneruskan cubaan untuk menghubungi nombor-nombor talian yang telah diberikan sebelum ini dengan harapan kakitangan terbabit sudah kembali bertugas memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang. Malangnya keadaan yang sama berulang. Saya menjadi buntu dan memutuskan untuk mendapatkan bantuan pegawai pelanggan talian [protected], sekiranya boleh membantu. Kali ini saya diberi 2 nombor lain iaitu 03-[protected] dan 03-[protected]. Cubaan berkali-kali saya menggunakan nombor-nombor tersebut tetap gagal. Buat kali yang saya sendiri tidak ingat, saya menghubungi lagi talian [protected], dan talian saya pada kali ini telah disambut oleh pegawai pelanggan bernama Rebecca. Kesungguhan beliau untuk membantu saya meskipun tugasan beliau tiada kena mengena dengan kehendak saya, amat saya hargai dan wajar diberi pujian oleh pihak CIMB. Beliau telah cuba untuk menyambungkan saya dengan nombor-nombor yang telah diberikan kepada saya sebelum ini walaupun cubaan-cubaan tersebut tetap gagal. Kesungguhan beliau membantu saya telah meredakan kegelisahan dan kemarahan saya selaku pelanggan. Sesungguhnya rasa empati beliau atas perasaan saya amat melegakan. Demi kebaikan bersama, saya telah melaporkan insiden yang telah saya lalui kepada beliau untuk tujuan rekod agar perkara yang telah menimpa saya tidak menimpa pelanggan lain. Akhirnya, maklumat yang saya perlukan tidak saya perolehi pada hari tersebut.

Pada 20 Januari 2009, saya telah menerima panggilan daripada Encik Wan (CIMB cawangan Wisma Genting) memberitahu kesilapan saya membuat penghantaran faks kepada beliau. Ini kerana saya telah membuat penghantaran kepada 2 nombor berasingan iaitu 03-[protected] dan 03-[protected]. Saya menghargai panggilan beliau memaklumkan hal tersebut. Walau bagaimanapun, maklumbalas yang diterima daripada cawangan Wisma Nusantara pada pagi ini sungguh mendukacitakan. Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, berlaku kesilapan semasa penghantaran faks pada kali pertama dan kesilapan tersebut telah pun diperbetulkan. Selaku pelanggan, saya merasa amat terhina dengan maklumbalas yang diterima yang tidak langsung melambangkan slogan yang diwarwarkan oleh pihak CIMB sendiri. Saya lampirkan maklumbalas yang telah saya terima untuk diteliti dan dinilai sendiri oleh pihak berkaitan dengan meletakkan kedudukan sebagai pelanggan. Pelanggan akan dilayan dan ditabur dengan janji-janji manis apabila pihak bank ingin mempengaruhi pelanggan untuk melanggan produk mereka tetapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya apabila pelanggan berada dalam keadaan benar-benar memerlukan. Secara jujur, saya merasa hak saya sebagai pelanggan tidak dihargai langsung oleh pihak CIMB sedangkan saya telah menyatakan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ada sebarang masalah dengan permohonan tersebut.

Saya amat berharap agar keadaan ini dapat diperbaiki oleh pihak yang berkaitan demi kebaikan semua pihak dan kesilapan yang sama tidak lagi berulang.

PELANGGAN KECEWA,
Putrajaya.

Sort by: DownDate | Rating

Comments

  • Fr
      25th of Jun, 2018
    0 Votes

    Adakah anda memerlukan pinjaman?
    Adakah anda dalam krisis kewangan atau memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda atau membayar premium atau memulakan perniagaan? Adakah anda mempunyai penarafan kredit yang rendah dan adakah anda menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dari bank tempatan dan institusi kewangan lain? Ini adalah peluang untuk anda mendapatkan pinjaman dari organisasi kami. Kami memberi pinjaman kepada individu untuk tujuan berikut dan banyak lagi. Pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan, perniagaan permulaan, penyatuan hutang dan wang keras. Kami menyediakan pinjaman kadar faedah sebanyak 3%. Hubungi kami melalui e-mel: [email protected]
    Whatsap: +919654763221

  • Fr
      24th of Feb, 2018
    0 Votes

    Halo,
      Kami adalah Pertubuhan Kristian yang dibentuk untuk membantu orang yang memerlukan
      membantu, seperti bantuan kewangan. Jadi jika anda melalui kewangan
      kesukaran atau kekurangan kewangan, dan anda perlukan
      dana untuk
      memulakan perniagaan anda sendiri, atau anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikannya
      hutang atau bayar
      bil, mulakan dengan baik, atau anda merasa sukar untuk melakukannya
      dapatkan pinjaman modal dari bank tempatan, hubungi kami hari ini
      sama dengan e-mel
    [email protected] atau whatsapp +2349057770649 untuk Alkitab mengatakan: "" Lukas 11:10 Setiap orang
      meminta menerima, dan dia yang mencari mencari, dan kepada siapa yang mengetuk, pintu
      akan dibuka. "Jadi, jangan biarkan peluang ini meluluskan anda sebagai
      Yesus adalah hari yang sama, hari ini dan selama-lamanya
      untuk orang yang berfikiran serius dan takut kepada Tuhan.
      Kami mengesyorkan supaya anda melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..
      Nama awak: ______________________
      Alamat anda: ____________________
      Negara awak: ____________________
      Pekerjaan anda: __________________
      Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: ______________
      Tempoh Pinjaman: ____________________
      Pendapatan bulanan: __________________
      Nombor Telefon Bimbit: ________________
      Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
      Jika anda telah memohon pinjaman sebelum ini, di mana anda dilayan dengan jujur?
      di mana anda akan menemui syarikat? ...

      Bertindak cepat dan keluar dari tekanan kewangan, kekeliruan dan ketidakselesaan
      hubungi franca Perbadanan Pinjaman Hari ini melalui e-mel di alamat berikut:
      [email protected] atau whatsapp + 2349057770649.Anda harus dirawat dengan yang terbaik dari kami
      sumber sehingga anda dapat memindahkan dana ini ke dalam akaun anda, dan
      respons cepat dan cepat anda menentukan berapa pantas yang anda harus terima
      pinjaman anda. Tanpa sebarang kelewatan Terapkan untuk anda
      pinjaman terbaik dan mudah di sini
      bersama kami. Sila e-mel ke laman web ini di Via
      e-mel: [email protected] atau whatsapp +2349057770649
      Yang ikhlas
      Balas oleh REV Frank Queens OF SAN GIOVANNI diberkati

  • An
      16th of Jul, 2017
    0 Votes

    Hello

    Adakah anda seorang pelabur, Pemilik Perniagaan, Usahawan, Kontraktor, Petani, Memulakan e.t.c? Mungkin anda memerlukan dana untuk membeli hartanah, membetulkan / membalik, menambah baik perkhidmatan anda / menubuhkan Annisa Ahmad untuk membantu mereka yang memerlukan kewangan mengarkibkan matlamat mereka yang kami melabur ke hartanah, projek / perniagaan dan juga menawarkan semua jenis pinjaman kepada orang yang berminat Dari mana-mana negara yang mempunyai kadar kredit yang pernah ditolak oleh bank atau pemberi pinjaman lain? Kami boleh menawarkan pinjaman yang anda perlukan pada kadar yang berpatutan, kami juga memerlukan perkhidmatan Broker yang boleh merujuk orang yang memerlukan bantuan kewangan dan kami membayar setiap bulan untuk perkhidmatan anda menghubungi kami melalui email di bawah ini jika anda berminat dengan pinjaman atau keperluan Pelabur
    E-mel: [email protected]

    Hello

    Adakah anda seorang pelabur, Pemilik Perniagaan, Usahawan, Kontraktor, Petani, Memulakan e.t.c? Mungkin anda memerlukan dana untuk membeli hartanah, membetulkan / membalik, menambah baik perkhidmatan anda / menubuhkan Annisa Ahmad untuk membantu mereka yang memerlukan kewangan mengarkibkan matlamat mereka yang kami melabur ke hartanah, projek / perniagaan dan juga menawarkan semua jenis pinjaman kepada orang yang berminat Dari mana-mana negara yang mempunyai kadar kredit yang pernah ditolak oleh bank atau pemberi pinjaman lain? Kami boleh menawarkan pinjaman yang anda perlukan pada kadar yang berpatutan, kami juga memerlukan perkhidmatan Broker yang boleh merujuk orang yang memerlukan bantuan kewangan dan kami membayar setiap bulan untuk perkhidmatan anda menghubungi kami melalui email di bawah ini jika anda berminat dengan pinjaman atau keperluan Pelabur
    E-mel: [email protected]

    Hello

    Adakah anda seorang pelabur, Pemilik Perniagaan, Usahawan, Kontraktor, Petani, Memulakan e.t.c? Mungkin anda memerlukan dana untuk membeli hartanah, membetulkan / membalik, menambah baik perkhidmatan anda / menubuhkan Annisa Ahmad untuk membantu mereka yang memerlukan kewangan mengarkibkan matlamat mereka yang kami melabur ke hartanah, projek / perniagaan dan juga menawarkan semua jenis pinjaman kepada orang yang berminat Dari mana-mana negara yang mempunyai kadar kredit yang pernah ditolak oleh bank atau pemberi pinjaman lain? Kami boleh menawarkan pinjaman yang anda perlukan pada kadar yang berpatutan, kami juga memerlukan perkhidmatan Broker yang boleh merujuk orang yang memerlukan bantuan kewangan dan kami membayar setiap bulan untuk perkhidmatan anda menghubungi kami melalui email di bawah ini jika anda berminat dengan pinjaman atau keperluan Pelabur
    E-mel: [email protected]

  • Pi
      25th of Jun, 2017
    0 Votes

    Adakah anda Memerlukan pinjaman kredit kewangan segera?
    * Pemindahan yang sangat cepat dan segera ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Terma pinjaman fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lamakah masa untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang dari 24 jam
    Pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat yang sah dan berlesen ini, yang diberi kuasa
    Untuk memberikan bantuan kewangan kepada semua orang
    Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan pinjaman

    E-mel: [email protected]

    Selamat sejahtera
    Sir Joel Williams
    SYARIKAT PINJAMAN TUNAI TUNAI
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Tel: +601111850392
    E-mel: [email protected]
    Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

  • Ja
      7th of Apr, 2016
    0 Votes

    Pertama maafkan saya jika anda marah dan tidak bersetuju dengan komen saya ini.

    Saya ada baca random komen2 diatas. untuk minta statement di wisma nusantara feel pity for u... payment cantik...ok... tapi saya tahu ada beberapa sahaja staff disana yang kurang/malas kerja dan pickup calls... tu pun dah kene tendang keluar sebab malas...tapi staff yang lain kerja macam robot...sampai masa makan dan solat pun kelam kabut...tapi tahu tak berapa ramai staff yang ada disana nak layan macam-macam perangai dari jutaan pelanggan seluruh malaysia?

    Masa anda semua nak buat loan mesti seronok kan??? kenapa tak baca habis agreement masa nak tandatangan? Komen dalam ni siap sebut Islam, Allah dsb... anda semua tu buat tuduhan bukan2 pun akan dinilai di masyar... senang cerita kalau nak hutang bayar on time tak kira la anda ada masalah kewangan atau tidak...tak mahu masalah beli cash second hand...tak pun pakai motosikal atau basikal...

    yang kelakar upah tarik bank kena bayar...hahahah... nak kata bodoh pandai pulak tulis dalam internet...anda semua tak boleh salahkan reposesor...kerja mereka cari makan macam tu... genap 2 bulan 21 hari tarik...

    akhir sekali.. saya nak pesan...terutama yang melayu Islam...ikut pesan nabi s.a.w...hidup jangan berhutang...pesan orang tua-tua melayu ukur baju badan sendiri...kalau terpaksa hutang makesure payment cantik... mudahlah sikit staff disana nak berurusan dengan pelanggan yang payment cantik nak minta statement...

    makluman: saya bukan staff Cimb mahupun penarik kereta... tapi saya selalu berurusan dengan bahagian autofinance...jangan marah ha...ubah diri sendiri dulu baru marah or komen...ada faham...

  • Fi
      12th of Jun, 2018
    0 Votes

    @janganmaraha Salam tuan jika tuan baca ni sy harap tuan boleh hubungi sy 0179087577 untuk sy dapatkan bantuan tuan, , sy harap tuan dapat membantu terima kasih

  • Fi
      12th of Jun, 2018
    +1 Votes

    @janganmaraha Salam tuan, , saya harap tuan baca komen ni tuan boleh hubungi saya atau wassap sy di nombor 0179087577, , sebab saya mahu minta pendapat dan pertolongan tuan mengenai mslh kereta sy

  • Ka
      23rd of Jan, 2016
    0 Votes

    Kebanyakan mereka yang mengatakan para peminjam yang semua palsu, i adalah mangsa penipu internet selama 6 bulan. kemudian saya diajar bahawa hidup saya telah tamat. jadi saya melawat sebuah laman web pengumuman pinjaman satu hari, dan saya terserempak dengan Puan besar, Cahya KIRANA, iklan pinjaman dan saya mengambil iman dan memohon pinjaman sebanyak € 30, 000, selepas mengisi borang dan semua proses yang telah berjaya dilakukan, i adalah meminta untuk membayar kos yuran perpindahan dan saya juga mengambil iman dan membayar yuran, sayang saya saya terkejut terbaik. dia memberikan saya pinjaman sebanyak € 30, 000 dengan kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2% dan juga tanpa cagaran, sepanjang hayat saya dan kredit saya bersedia, dalam masa 72 jam i mendapat wang dalam akaun saya tanpa masalah. Sebab mengapa saya membuat pengakuan ini kerana beliau hari ini, adalah kerana dia telah menjadikan semua dukacitaku kepada kegembiraan dan ketawa. perempuan itu, bagi saya, dia adalah Allah yang dihantar untuk membantu saya. dia mendapati lanjut, hubungi beliau hari ini Brothers kita yang kekasih dan kakak dan anda akan berpuas hati dengan kehidupan lagi dan sepanjang hidup saya i akan begitu greatfull kepadanya. Hubungi Ibu Cahya di E-mel beliau dan mendapatkan pinjaman hari ini .. [email protected], , , , anda juga boleh menghubungi saya di [email protected] untuk maklumat lanjut!

  • Ca
      17th of Jan, 2016
    0 Votes

    Cahya Kirana Pinjaman terhad adalah salah satu daripada syarikat-syarikat pinjaman bebas terkemuka di seluruh dunia. Kami telah teguh dan telah membangunkan pemahaman yang baik tentang keperluan anda dan keperluan individu selama ini. Kami komited untuk merawat pelanggan-pelanggan kami dengan adil dan menyediakan perkhidmatan yang profesional, ramah dan membantu. Prosedur kami direka untuk patut anda, untuk memastikan bahawa kita melengkapkan produk yang sesuai dengan keadaan anda, formaliti minimum, dan bersama-sama dengan pendekatan yang fleksibel untuk setiap program, memastikan permohonan pinjaman anda. Kami membantu pelanggan berubah dan memperbaiki kehidupan mereka lebih daripada 47 tahun dan kami benar-benar bebas, kita berada dalam kedudukan yang unik untuk menawarkan pelbagai pinjaman untuk semua jenis perniagaan dan individu. Matlamat kami adalah untuk memenuhi keperluan kewangan anda dan kepuasan anda adalah amat penting kepada kami. Sebab itu kita mesti memberi pinjaman pada kadar faedah 2%, kembali kepada kami hari ini jika anda berminat dalam perkhidmatan kami.
    E-mel: [email protected]

  • Ax
      19th of May, 2015
    0 Votes

    I've been calling this 3 numbers as provided by CIMB Autofinance operator for more than 50 times sampai putus ringing and no one pickup the phone... 0320581056 / 03-20552167/ 03-20581266/ bad service...giller teruk services CIMB Nusantara ni. Very poor customer service..I'm calling for requesting my e-batal after my full settlement done in Jan 2015. Please la CIMB Nusantara jangan makan gaji buta...Please pick up the phone...

  • Pe
      5th of May, 2015
    0 Votes

    Saya bersetuju dengan pelanggan kecewa...

    Baru-baru ini kereta saya kena tarik, saya tidak menerima apa-apa surat atau panggilan. Sepatutnya mereka call pelanggan, ini tidak...tiba-tiba kena tarik... Bila suami saya call CIMB, ada orang menjawab panggilan, tetapi dia mengatakan nanti pegawai bank akan call untuk memberitahu dimana mereka membawa kereta saya...tetapi sampai ke petang kami tidak menerima apa-apa panggilan dari pegawai bank.

    Setahu saya, pihak bank akan tarik kereta jika 3 atau 4 bulan tidak membayar ansuran. Dalam kes saya ini, cuma 2 bulan 21 hari, itu pun mereka tarik...

    Sekarang ini masalahnya, adakah kita sebagai pelanggan kena membayar kereta penunda...bukan ke pegawai bank yang sepatutnya kena selesaikan...

    Saya suspect...kerja-kerja ni diatur oleh pegawai dan kereta penunda yang tamak dan ingin mendapat wang lebih.

    Saya tak fahamlah kenapa nama je pegawai bank, tetapi tamak dan tidak berperikemanuasian.

    Saya tahu pegawai bank yang tamak itu adalah seorang beragama Islam, apa yang dia lakukan tidak mendapat pahala. Dia memberi anak bini makan dengan duit haram.

    Kalau anda pekerja Muslim, ingatlah setiap perkara dan perbuatan itu akan Allah nilai...Amat-amat kecewa dengan perkara ini...

  • Mr
      10th of Jun, 2014
    0 Votes

    E-mel kepada pemilik

    Kami kini menawarkan pinjaman kepada pihak-pihak yang berminat pada kelajuan yang munasabah dengan bantuan dan sokongan dari Bank-Bank kami.

    Kami menawarkan pinjaman bercagar kepada individu dan perniagaan dengan kadar faedah rendah, kami juga menawarkan pinjaman jangka panjang dan jangka pendek. Syarikat kami berdaftar dengan penemuan banyak kelas pertama kewangan pinjaman bagi pelanggan-pelanggan kami dalam bidang penyediaan perkhidmatan dan modal kepada individu dan perniagaan.

    Anda boleh memohon pinjaman dengan cepat di sini dan ianya diterima dengan mudah.Mungkin anda memerlukan kad kredit, penyatuan hutang, rumah peningkatan, pembelian kereta baru atau terpakai, rumah baru, objektif pelaburan/perniagaan atau pun cuti.Kita boleh upgrade ke? Euro 50 juta untuk membiayai projek-projek yang pelbagai.

    Skim pinjaman kami > tagged "pinjaman di bawah dua minggu", setiap pelanggan, kedua-dua tempatan dan antarabangsa, adalah jaminan untuk mendapatkan pinjaman dari Syarikat ini

    Pihak yang berminat perlu Sila berikan kami dengan maklumat berikut:

    Nama:
    Negara:
    Alamat/hubungi
    Nombor telefon:
    Pekerjaan:
    Jumlah pinjaman:
    Tempoh pinjaman:
    Pendapatan bulanan:
    Umur

    Ketelusan adalah yang menyebabkan kita dalam pertandingan ini. Sila hantarkan permohonan pinjaman anda menggunakan [email protected] ini untuk maklumat lanjut mengenai program pinjaman kami.

    Menganggap

  • Ai
      6th of May, 2014
    0 Votes

    My god I didnt know that people were complaining since 2009. Same goes to me. This isnt frustrating anymore, this is pissing me off. Story goes like this. I had an accident in March 2014. The car was declared as total loss. Submitted the claim to AIG Insurance on 11/04/2014. Claim approved on 16/04, Cheque released on 17/04. I work for AIG Insurance itself so I know exactly the date the cheque was released, and the date the cheque was delivered. Called CIMB to confirm the receipt, spoke to the settlement department in Wisma Nusantara, but they said that the cheque hasn't arrived yet. So I kept on waiting and made few more calls on 22/04, 27/04, 28/04, 29/04. They always picked up my call, but kept on telling me that the cheque has never arrived. Anyway since I work with AIG Insurance, I can see that the cheque was delivered on 18/04. So on 30/4 I checked my account details online and saw that the cheque has been cleared. Quite a surprise because I spoke directly to CIMB person in charge on 29/04 and they said they dont have the cheque, yet the cheque was cleared on 30/4. Its a Citibank cheque, deposited into CIMB bank, so based on that fact alone, they most probably have received it on 27/04! So what makes me pissed off even more is that because of their delay, carelessness, poor quality of record keeping and internal communication, you name it, I've been charged a month interest because my due date was on 27/04. I've been calling them since then but they never picked up my call again. I spoke to customer service and yeah you know there's nothing much they can do. I am gonna make a scene tomorrow at Wisma Nusantara. Watch out !

    Damn you CIMB, no wonder you will never be number one consumer bank in Malaysia.

    Here's another story to share :

    My Maybank AMEX Credit Card fraud case:
    Credit card was stolen and the moment i called maybank to cancel the card i was informed that i have RM12, 000+ charge on my card. Went through some sort of verification; as per normal procedure, they cancelled the card and cleared that RM12k charge off my card in within 48 hours, even when the investigation is still on-going. That was an example of excellent service!

  • Ad
      26th of Feb, 2014
    0 Votes

    Hari ni 26 Februari 2014 saya call berpuluh-puluh kali...6talian yg saya call satu pun tak diangkat...tolong lah perbaiki servis anda CIMB Autofinance Wisma Nusantara...Kalau anda pekerja Muslim, ingatlah setiap perkara dan perbuatan itu akan Allah nilai...Amat-amat kecewa dengan perkara ini...saya tak akan reccommend kawan2 dan saudara mara dengan CIMB...baik cari bank lain lah...

  • Fa
      1st of Oct, 2012
    0 Votes

    Same goes to me..same thing, same situation, same PROBLEM, and yet SAME BANK!! my numerous called never been answered, i cuma nak tanya how to make the full settlement of my loan (car). Kalau lambat bayar, sibuk2 call and hantar mcm2 surat, now i nak bayar, susah betul nak get through all these line. xsure dorang ni keje ke x. kalau dapat jawab pon, for sure akan pass i ke unit lain, staff lain, and at the end, i have to call 3-4 number but result still remain the same. bkn 1 hari, sometimes ive to try 2-3 days. CIMB sepatutnya check your staff for your own good. Honestly now i will think many times for having any deal with this bank. also my card credit i dah transfer all the outstanding balance ke bank lain. Poor service...NOT all but ALMOST

  • Ar
      27th of Jun, 2012
    0 Votes

    Saya begitu terkilan sekali keatas CIMB Auto finance KL. DImana, saya tahu salah saya tidak membayar ansuran disebabkan bayaran yang belum diterima. Minggu lepas penarik kereta berbangsa cina telah mengetuk rumah saya utk mengambil kereta tapi saya tidak membenarkannya mengambil. Selapas itu selangr 2 hari saya telah membayar ansuran sebanyak 2 bulan dan saya masih terhutang 2 bulan lagi. Mengecewakan hari ni 27hb Jun 2012, saya mendapat sms dari isteri saya bahawa penarik kereta sekali lagi datang pada tengahari dan bertanyakan saya tapi saya tiada dirumah keluar dengan kawan atas urusan kerja. Selang 1 jam saya terima sekali lagi sms dari isteri saya dimana security datang menyatakan kereta saya telah dibuang angin tayar depan dan belakang sebelah kanan. 2 biji sekali gus. Saya begitu terkejut dengan tindakan penarik kereta tersebut. Nak kata budak-budak yang buat tiada pada waktu tersebut dan telah diakui oleh security sendiri. Secutrity membuat rondaan 2 jam sekali di kawasan saya. Maknanya siapa lagi yang keluarkan angin tayar kereta? Siapa yang perlu disalahkan? Memang saya hendak buat laporan polis berkenaan ini.

  • Bu
      9th of May, 2012
    0 Votes

    biasalah kita orang awam...kena terima semua ni...nama aje korporat...tapi...sendiri nak ingat

  • Gi
      2nd of Feb, 2012
    0 Votes

    I frm bentong, pahang. I never received car statement . Even Every time i have to call kuantan branch. Also
    not any respond from them. This is Last dealing with Cimb bank.

  • Sh
      25th of Jan, 2012
    0 Votes

    Saya setuju dengan pendapat kalian semua 200%...jadikan pengajaran berurusan dengan CIMB Wisma Nusantara.

  • Yi
      13th of Jul, 2011
    0 Votes

    Saya juga 100% bersetuju dengan maklumbalas yang telah diberikan oleh PELANGGAN KECEWA kerana saya juga pernah mengalami situasi sedemikian. Amat sukar untuk mendapatkan penyata pinjaman kenderaan. Ini kerana cawangan CIMB tidak dapat mengeluarkan penyata tersebut dan meminta saya untuk pergi ke CIMB AUTO FINANCE. Ini mendatangkan masalah kepada kita sebagai pelanggan untuk pergi mencari CIMB AUTO FINANCE. Mengapa cawangan CIMB tidak boleh mengeluarkan penyata tersebut. Saya rasa sangat sukar berurusan dengan CIMB. Dan saya rasa mungkin ini kali yang terakhir saya berurusan dengan CIMB setelah saya melunaskan pinjaman kenderaan saya nanti...

  • Zk
      6th of Jul, 2010
    0 Votes

    same here. i've been calling for many times just to get my road tax faxed to me. so many times i called just to get transferred from one line to another. and yet, i did not receive any fax. i dont know what other tasks or jobs that they need to get done that they cannot fax the road tax to me. why on earth they need to keep the road tax with them when other banks can provide it to the customer. if only i can sue them, i would.

  • Ra
      26th of Apr, 2010
    0 Votes

    Tidak semua staff dan cawangan CIMB begitu, hari ini 27April 2010 saya telah membuat panggilan ke CIMB Jalan Bendahara, Melaka. Saya berterima kasih atas layanan yang diberi. Pertanyaan tentang baki hutang dan tatacara bagi pelepasan geran kereta sayatelah di jawab dengan baik oleh salah seorang kakitangan di situ.
    Terima Kasih dan syabas buat mereka. Harapan saya kaki tangan yang lain dan di cawangan lain juga begitu.
    Terutama CIMB di Puncak Nusantara semuga tuan/puan berkhidmat selaras dengan slogan dan CIMB pasti diminati semua insyaALLAH.

Post your comment