SUBMIT A COMPLAINT

CIMB Banktidak menerima statement dari cimb dari hari pertama membuka account

1
J Jul 15, 2019

Assalamualaikum,

tuan,

pertamanya pihak syarikat kunami enterprise yang berpengkalan di pulau pinang telah membuka account syarikat di cimb bank usm pada 19 apr 2019 setelah kami merasakan bertepatan kerana operasi syarikat banyak dilakukan di dalam usm.
Pihak syarikat telah bersetuju menutup account yang cukup lama kami bersama bank muamalat .
Kami merasakan dengan bertukar account bersama cimb maka servis akan lebih efficent dan pro aktif. Tetapi malangnya dari hari pertama account dibuka sehingga hari ini 15jul2019 pihak kami tidak menerima sebarang statement dari cimb.
Pihak syarikat kami menghadapi masalah memastikan pembayaran dibuat kepada kami sampai kehari ini. Tindakan sebegini merugikan pihak syarikat kami.
Owner syarikat telah ke bank cimb di usm bagi mendapatkan bantuan dan pangilan telah dibuat ke hq bagi menyelesaikan masalah ini, malangya sehingga hari ini tiada satu panggilan atau pun sekeping statement yang kami terima.
Pengalaman buruk juga kami hadapi bila mana cheque kami 000007 berjumlah myr106, 000.00 dilepaskan tanpa sebarang panggilan pengesahan dari pihak cimb.
Apakah jaminan pihak cimb pada syarikat kami bahawa, cimb serious dalam mengendali account kami? adakah perniagaan kami ini terlalu kecil atau remeh temeh bagi cimb?
sehingga hari ini, kami amat kecewa dengan perkhimatan yang kami terima. Kami masih bersabar menunggu panggilan dari cimb, sekiranya tiada tindakan atau panggilan dari cimb, kami menganggapkan pihak tuan tidak berminat dengan syarikat kami. Kami bersedia menukar account kami di usm dan sister's company ke bank yang dapat memberi komitment dan bertanggungjawap terhadap perniagaan kami.
Akhirnya, saya harap email yang dikirim ini mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya. Bukan seperti pangillan tempoh hari yang menjanjikan "a few days" to solve our issues, but your few days might be a few months or years.

Pengurus,
jasmin noordin
[protected]

Post your comment