SUBMIT A COMPLAINT

Celcom Axiata Berhadlangganan internet

1

saya mahu membuat aduan melalui medium ini kerana tidak tahu saluran aduan yang sebenarnya. saya membuat aduan pada no telefon [protected], atas nama saya sendiri( chrisna jaim), [protected].
pada 16.10.2017, saya telah menambah nilai kredit saya sebanyak rm 20 dan baki kredit saya adalah rm20.44. saya cuba untuk melanggan internet mingguan pada kadar rm10/minggu bagi 2.o gb internet menggunakan *118#. namun di penghujung step, ia tidak menunjukkkan sama ada langganan saya itu berjaya ataupun tidak dan terus keluar begitu sahaja bukan seperti sebelum. saya periksa kredit saya dan ia masih rm20.44, belum ada potongan .saya tunggu beberapa minit namun saya tidak dapat sebarang mesej sama ada langganan saya itu berjaya. kemudian, saya cuba sekali lagi untuk melanggan menggunakan *118# tetapi perkara yang sama juga berlaku.
pada jam 9.26 am, saya periksa kredit saya sekali lagi dan ia masih rm20.44. dan pada jam 9.33, saya mendapat mesej dari celcom mengatakan langganan internet mingguan saya telah berjaya. pada jam 9.34, sekali lagi saya menerima mesej yang sama. kemudian, saya periksa kredit saya paada jam 9.34 dan 9.35 am, dan ianya berbaki rm0.44 sedangkan saya tidak membuat sebarang penggunaan kredit. di sini saya kehilangan rm10.
apabila saya menelefon customer service yang merupakan seorang perempuan, beliau memberitahu bahawa pada waktu itu terdapat masalah teknikal ataupun sistem (internet), beliau menyuruh saya untuk telefon semula pada keesokan hari kerana banyak panggilan yang menunggu di talian kerana masalah sistem tersebut. beliau juga memberitahu saya yang saya akan mendapat refund kerana masalah sistem tersebut.
pada 17.10.2017, saya menelefon customer service dan bercakap dengan pegawai lelaki. bila saya menerangkan masalah saya, beliau menerangkan bahawa tidak akan dapat refund kerana saya telah melanggan sebanyak 2 kali dan berpunca daripada kesilapan saya. selain itu, beliau juga telah memeriksa senarai mesej yang saya terima dari celcom dan bertegas hanya satu mesej ‘langganan berjaya’ yang saya terima daripada celcom sedangkan terdapat dua mesej yang telah saya terima. saya ada memberitahu beliau bahawa terdapat masalah teknikal ataupun sistem (internet) celcom pada 16.10.2017 seperti yang diberitahu oleh pegawai namun beliau seolah-olah tidak tahu dan tetap bertegas kesilapan ini berpunca dengan saya.

pada 19.10.2017, sekali lagi saya menelefon customer service dan bercakap dengan pegawai perempuan. saya menerangkan masalah saya dan mengatakan bahawa pada hari kejadian, salah seorang pegawai mereka memberitahu yang terdapat masalah sistem pada hari tersebut. beliau juga mengatakan saya tidak boleh mendapatkan refund. saya sangat kecewa dengan perkhidmatan mereka dan kehilangan kredit sedangkan ini bukan berpunca daripada kesilapan saya.saya tidak akan kehilangan kredit sekiranya tiada masalah sistem pada celcom. semasa melanggan menggunakan *118#, tiada respon pada akhir step dan juga saya lambat menerima mesej daripada celcom mengatakan langganan internet saya berjaya dan pihak celcom juga mengaku pada waktu itu terdapat masalah sistem. dan sekarang ini, pegawai customer service cuba menafikan perkara tersebut.
sekiranya kenyataan saya ini tidak benar, pihak celcom boleh mendengar semula rakaman perbualan saya dengan customer pada 16.10.2017 kerana menurutnya, perbualan tersebut akan dirakam. kehilangan rm10 itu tidaklah sebesar mana tetapi saya sebagai pelanggan merasa dianiaya. jika terdapat 10 kes sebegini, ia umpama pihak celcom mendapat keuntungan dengan cara yang tidak betul. saya harap aduan saya ini dapat diselesaikan kerana saya sangat tidak berpuas hati dan kalau perlu, saya akan membuat aduan kepada pihak yang lebih tinggi berkenaan permasalahan ini jika masih belum boleh diselesaikan.

Celcom Axiata Berhad
Celcom Axiata Berhad

Post your comment