Pos Lajupelanggan tidak menerima barang yang di pos

M Nov 07, 2018
This review was posted by
a verified customer
Verified customer

pada 19 oktober yang lalu, saya telah menghantar 1 parcel kepada pelanggan saya melalui pos laju kurier easy parcel, tetapi pada 29 oktober, saya mendapati barang tersebut masih belum dihantar. oleh itu, pada 30 oktober saya telah menghubungi pos laju hotline dan memfailkan aduan tentang kelewatan tersebut, disini saya sertakan no report [protected] . kemudian pada 1 november pelanggan saya memberitahu dia telah menerima barang tersebut tetapi ia tidak seperti produk kami. kami juga menafikan barang tersebut adalah produk kami, sekali lagi pada 5 november saya telah menelefon pos laju untuk memfail aduan tersebut. namun sehingga kini kami masih belum menerima apa2 jawapan. saya perlu tahu di mana bungkusan tersebut berada, jika tidak dihantar atau hilang, saya inginkan pampasan.

tarikh pos : 19 oktober 2018
produk : telekung muhayya
isi : telekung solat berwarna polka dot putih dan biru tua
bungkusan : plastik easy parcel warna merah jambu
berat kotak : 1 kilogram

tarikh pelanggan terima barang : 1 november 2018
produk : telekung
isi : telekung warna merah jambu
bungkusan : plastik pos laju
berat kotak : dihantar tanpa kotak

MOHON EN/TUAN/PUAN AMBIL TINDAKAN SEGERA

sekian, terima kasih

pelanggan tidak menerima barang yang di pos
pelanggan tidak menerima barang yang di pos

Post your comment

    By clicking Submit you are agreeing to the Complaints Board’s Terms and Conditions