SUBMIT A COMPLAINT

RHB Bank Berhad / akaun rhb

Saya adalah mohd rasidi bin teneh dan no. Kad pengenalan [protected] membuat aduan disebabkan terkejut dengan panggilan telefon dari wakil rhb bank kuala lumpur yang menyatakan mengenai tunggakan bayaran pinjaman dan akan dikenakan tindakan undang-undang..

Seingat saya, pada awal tahun 2015 ada agent dari rhb bank kota kinabalu datang ke tempat kerja saya di restoran ayam penyet ria, one borneo kota kinabalu.. Dan mempromosikan produk bank iaitu pembukaan akaun rhb. Agen tersebut juga menyatakan akaun tersebut akan siap berserta buku dan dihantar ke alamat seminggu selepas permohonan dan thumb print telah dibuat beserta pembayaran rm 10 telah dibuat. Apa yang telah berlaku selepas seminggu telah berlaku.. Saya masih tidak menerima buku bank tersebut seperti yang dijanjikan..
Setelah 2 bulan berlalu, saya telah menerima lagi panggilan dari rhb bank dan di kesempatan itu saya sempat bertanya kepada mereka mengenai buku akaun tersebut saya tidak terima dan disebabkan saya merasa urusan tersebut terlalu lama dan berhasrat untuk membatalkan permohonan tersebut akan tetapi respon dari wakil bank yang menyatakan buku akaun tersebut telah dihantar tetapi saya menengaskan tidak menerima sebarang buku dari bank rhb.

Pada pertengahan tahun 2017, saya telah menerima panggilan lagi dari wakil rhb bank dan menyatakan perlu untuk membuat pembayaran bagi menggelakkan tindakan undang-undang terhadap saya dibuat. Saya menjadi hairan, setahu saya pada masa kehadiran wakil bank ke restoran kami, pemahaman saya pembukaan akaun tersebut adalah akaun simpanan kenapa saya perlu buat pembayaran dan tertunggak pula tu?
saya bertanya kepada wakil bank rhb, kenapa saya perlu bayar, saya bukan buat pinjaman. Agen tersebut menjelaskan kepada saya, bahawa akaun yang telah dibuat tersebut merupakan akaun pinjaman asb.

Untuk pengetahuan tuan/ puan, saya hanya merupakan seorang pekerja restoran dan berjawatan pembantu tukang masak, berdasarkan kemampuan pendapatan yang saya ada, sekiranya saya tahu bahawa agen tersebut menjual pinjaman asb kepada saya, sudah semestinya saya menolak pada awal lagi. Sepatutnya pihak bank lebih arif menilai kemampuan saya.. Adakah saya layak bagi tujuan tersebut?? kalau la saya tahu itu berbentuk pinjaman.. Takkan saya mengelak untuk buat sebarang pembayaran dan apakah bencana saya akan dapat sekiranya saya tidak buat bayaran.. Itupun sekiranya saya tau ianya adalah berbentuk pinjaman.. Apa yang saya dapat??? yang saya paham sekarang.. Saya dikehendaki buat bayaran tunggakan pinjaman asb dan tersenarai dalam blacklist rekod.. Saya rasakan saya telah diperdaya dan telah diambil kesempatan oleh bank rhb diatas keikhlafan dan kelemahan pengetahuan saya terhadap produk bank. Sekiranya pihak bank rhb tidak memberi penyelesaiaan terhadap masalah ini.. Saya merasakan ini adalah satu penipuan yang bijak dibuat oleh bank rhb terhadap pelanggan yang tidak tahu dan bijak mengambil kesempatan terhadap pelanggan seperti saya.. Saya akan ajukan juga aduan ini ke bank negara.. Dan rasa terpanggil untuk membuat makluman ke media sosial seperti facebook dan whatsapp.. Agar individu seperti saya maklum dan dapat menilai lebih awal serta terselamat dari penipuan bijak yg dibuat oleh bank rhb...

Yang benar

mohd rasidi bin teneh

Ir
Jan 15, 2018

Post your comment