SUBMIT A COMPLAINT

AirAsiapengetahuan

Dukacita bahawa, adik saya muhammad nufail bin salehuddin perwira telah terlepas kapal ak6430 dari kuala kumpur ke kota baharu jam 6.30 am pada 4/5/2017 disebabkan kurangnya pengetahuan pekerja airasia dan polis bantuan.

Saya telah check in kan untuk adik saya melalui web check in pada 28/4/2017, booking number shc2mc. Dan print bording pass padanya.

Setibanya di klia2 untuk melepasi polis bantuan untuk masuk ke dalam balai perlepasan, polis bantuan telah menghalang dia dan meminta untuk menunjukkan tiket, adik saya menunjukkan boarding pass yang di print. Malangnya dengan pengetahuan yang amat tidak boleh diterima polis bantuan menghalang dan meminta dia print tiket, adik saya bertegas mengatakan inilah tiketnya. Tapi amatlah dikesali polis bantuan tetap menghalang untuk masuk ke balai perlepasan.

Jadi adik saya dengan panik pergi ke mesin self check in dan cuba untuk print tiket yang dimaksudkan oleh polis bantuan yang tidak boleh diterima pengetahuannya. Selepas gagal untuk print tiket di mesin, adik saya terpaksa beratur dan menunggu untuk ke kaunter dan malangnya apabila tiba gilirannya, pegawai airasia dengan mudah menjawab "encik sudah lambat perlu beli tiket lain". Sedangkan waktu itu kapal terbang belum lagi berlepas dan masih ada 30minit. Amatlah tidak diterima dan tidak boleh difikir bagaimana pendedahan ilmu yang pihak airasia berikan pada polis bantuan dan pekerja. Tidak dapat sebarang bagasi yang perlu di masuk ke ruang kargo. Hanyalah bagasi kecil yang dibawa untuk dibawa naik ke kapal.

Pihak airasia perlu menimbang tara perkara ini. Kami mengalami kerugian hampir rm300 disebabkan perkara ini. Kami terpaksa membeli tiket baru sedangkan bukan disebabkan kesalahan kami.

Kami berharap pihak airasia bertanggungjawab atas perkara ini.

AirAsia

Mu
May 04, 2017

Post your comment