SUBMIT A COMPLAINT

Poslaju Tidak Membuat Kutipanpos laju tidak membuat kutipan

1
A Aug 06, 2018

Tuan / Puan

Salam Sejahtera

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan / puan saya wakil Ketua Penyelaras Kampus Satelit CIAST -ILP Sandakan ingin membuat aduan / komplen atas perkhidmatan POSLAJU Sandakan CW66888 yang masih belum membuat kutipan parcel / dokumen di alamat pejabat kami di : Kampus Satelit CIAST-ILP Sandakan
No Act : ([protected]). Tel [protected]

3. Saya telah menghubungi pihak POSLAJU kali pertama pada 3 Ogos 2018 untuk membuat kutipan parcel / dokumen dan POS LAJU berjanji untuk membuat kutipan parcel / dokumen dalam tempoh jam 2.30 - 6.00 petang. Namun demikian POSLAJU sandakan tidak membuat kutipan pada tarikh dan masa yang dijanjikan.

4. Seterusnya pada hari isnin 6 Ogos 2018, saya menghubungi lagi kali kedua no telefon [protected] dan POSLAJU berjanji untuk membuat kutipan bermula jan 2.00 - 4.30 petang namun demikian, POSLAJU masih belum membuat kutipan sehingga jam 4.45 petang. Namun begitu saya menghubungi lagi POSLAJU kali ketiga di talian yang sama dan berjanji untuk membuat kutipan sehingga jam 5.00 petang.

5. Perkara ini amat serius dan perkhidmatan POSLAJU semakin tidak memberikan perkhidmatan yang baik. Diharpkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya di atas aduan ini.

6. Malahan jika POSLAJU tidak datang ke pejabat kami, mereka menyuruh kami menghubungi POSLAJU untuk komplen perkara yang sama pada keesokkan hari nya.

Diharapkan dapat menerima maklumbalas daripada pihak tuan dengan segera, atas kelewatan tersebut.

Sekian terima kasih

Azhar Hj. Untong
Penyelaras Kanan Kampus Satelit CIAST (CSC) ILP Sandakan
Batu 5. Jalan Sibuga 90000 Sandakan Sabah

Post your comment