SUBMIT A COMPLAINT

GDex / GD Expresspekerja gdex yang tidak beradab

Hai. Saya ingin membuat aduan mengenai pekerja gdex cawangan batu pahat, johor. Dia seorang pekerja gdex yang gemok, berkulit gelap. Datang menghantar bungkusan saya di rumah dengan menaiki motorsikal. Beliau telah mencampak bungkusan saya dengan kuat di pintu pagar rumah. Beliau juga tidak memberi salam. Jiran saya cuba mendekati beliau untuk minta tanda tangan di borang beliau. Tapi beliau dengan wajah yg angkuh terus menendang pintu pagar rumah saya dan memecut laju motorsikalnya. Saya merasakan ini berpunca kerana saya tidak sempat mengangkat telifon beliau sewaktu proses penghantaran kerana saya sedang bekerja ketika itu. Tolonglah, beritahu pekerja anda untuk menjaga adab. Pintu pagar yang pekerja anda tendang, siapa nk ganti? Barang saya yang pekerja tersebut baling, siapa nk tanggung? Pihak kami mempercayai anda. Sebab itu kami gunakan servis anda. Tapi kenapa jadi macam ni? Sila ambil tindakan ye. Pekerja gdex cawangan batu pahat. Ini bukan kali pertama terjadi pada saya. Tapi berulang kali. Tolong. SILA AMBIL TINDAKAN. Terima kasih

At
Dec 11, 2018

Post your comment