SUBMIT A COMPLAINT

Pos Malaysiapos malaysia — posmen tidak call (pengirim/penerima) dan tidak tinggalkan "notice" ketika barang tidak sampai ke tangan penerima

Sepatutnya perlu call pengirim/penerima atau tinggalkan "notice" jika barang tidak sampai ke pelanggan. Call atau sms pelanggan dan beritahu posmen tinggalkan "notice" dekat security. Bukannya susah pun nak buat sedemikian, tempat lain boleh saja buat macam tu. Barang yang saya kirimkan dibawa semula ke pejabat pos sebab tiada mesej atau call dari pihak mereka. Saya dan penerima menunggu juga panggilan supaya senang nak pesan tinggalkan sahaja barang atau "notice" di security kerana penerima akan ambil selepas habis urusan. Perkara ini menyusahkan kedua belah pihak. Yang paling penting tolong CALL/SMS atau tinggalkan "NOTICE".. Harap pihak pengurusan ambil tindakan atau memperbaiki kesilapan sedemikian. Alamat pos barang masuk kat PosLaju Hicom Glenmarie, barang yang perlu dihantar pun di kawasan PosLaju Hicom Glenmarie juga. Itupun ambil masa sampai 2-3hari. Saya sebagai pelanggan sangat kecewa dengan "service" di PosLaju Hicom Glenmarie, jauh berbeza dengan PosLaju di tempat lain sangat CEPAT/PANTAS.

Alamat PosLaju Yang Bermasalah : 3, Jalan Pendidik U1/31, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Az
Oct 03, 2019

Post your comment