Pos Malaysiaperkhidmatan poslaju yang teruk, lambat dan pekerja yang malas.

Y Jan 11, 2019
This review was posted by
a verified customer
Verified customer
Review updated:

3 Januari barang dah dikirim, 5 Januari dah sampai Miri, tapi belum sampai lagi ke tangan penerima sampai hari ni. 10 Januari hantar 1 mesej suruh pergi poslaju Miri untuk ambil barang. Bukankah membuat penghantaran barang sampai ke alamat / tempat yang ditujukan itu adalah tanggungjawab pekerja poslaju? Kenapa penerima perlu pergi ambil sendiri? Bukannya dekat poslaju Miri dengan rumah saya. Saya perlu kerja juga, dah habis kerja pergi ambil, pintu poslaju pun dah tutup. Lagipun alamat yang saya letak ialah sekolah, jangan beritahu tidak dapat cari atau takde orang, kereta poslaju memang ada dan pernah hantar barang ke sana. 10 Januari baru hantar satu bungkusan untuk guru di sana. Jadi kenapa barang saya tidak dapat mereka hantar pula? Kami dah buat pembayaran, kenapa bukan seperti yang poslaju janjikan hantar barang sampai ke rumah? Perkhidmatan yang teruk ni buat orang ramai tidak percayakan poslaju lagi. Pekerja yang malas rasanya perlu dihentikan agar tidak memalukan poslaju Malaysia.
Disertakan mesej yang dihantar dari nombor telefon [protected], bila suruh hantar ke alamat yang ditulis, tak balas pun.

perkhidmatan poslaju yang teruk, lambat dan pekerja yang malas.
perkhidmatan poslaju yang teruk, lambat dan pekerja yang malas.

Responses

  • At
    atikaaminudin _ Jan 15, 2019
    This comment was posted by
    a verified customer
    Verified customer

    Saya pun begitu. Barang telah sampai lama di pos laju miri. Tapi masih tidak post out kepada si penerima. Barang itu sangat urgent untuk diguna. Mohon ambil tindakan selanjutnya. Saya mohon. Terima kasih

    0 Votes

Post your comment

    In The News

    Unhappy consumers gather online at Complaintsboard.com and have already logged thousands of complaints
    If you see dozens of complaints about a certain company on ComplaintsBoard, walk away.
    One of the largest consumer sites online. Posting here your concerns means good exposure for your issues
    A consumer site aimed at exposing unethical companies and business practices
    ComplaintsBoard is a good source for product and company gripes from especially dissatisfied people
    You'll definitely get some directions on how customer service can best solve your problem