SUBMIT A COMPLAINT

Pos Malaysia Berhadtiga kali parcel tidak dihantar ke alamat

1
K Aug 14, 2018

Kehadapan Pos Malaysia/Pos Laju,

Saya telah menghadapi situasi "parcel tidak dihantar" ini sudah 3 kali di mana 2 kali di Pos Laju Dato Onn da sekali di Taman Universiti Johor dan kedua-duanya beralamat yang sama(alamat pejabat). Saya ada bertanyakan beberapa kali tentang masalah ini dikaunter dan mendapat ada yang gagal memberikan jawapan serta ada mengatakan sudah dihantar ke alamat tetapi penerima tiada.

Di sini ingin saya jelaskan bagi jawapan balas staff Pos Laju Dato Onn pada 14HB OGOS 2018 yang mengatakan rekod menunjukkan gagal menghantar pada 8HB OGOS 2018 (kejadian terbaru). Saya mengatakan jika gagal perlu ditinggalkan notis untuk Self Collected tetapi tiada malah pada tarikh tersebut adalah pada waktu bekerja dan masa bekerja, mana mungkin "penghantaran" GAGAL.

Oleh itu saya beranggapan Pos Laju bukan sahaja gagal memberi perkhidmatan yang sepatutnya diberikan malah saya beranggapan telah MENIPU pelanggan setia mereka dengan memberikan alasan yang TIDAK MUNASABAH!

Post your comment