SUBMIT A COMPLAINT

[Resolved] Courts Malaysia / Courts.com.myugutan dari debt collector

5
A Jul 16, 2019

Saya telah menerima ugutan dari debt collector dan mengarahkan saya membayar jumlah yg tertunggak dengan kadar segera sedangkan sebelum ni saya sudah membuat bayaran Pada 27/6/19 sebanyak rm1600 Dan telah membuat persetujuan dgn branch manager courts seri manjung utk menjelaskan baki yg selebihnya pada 30/7/19 Dan mereka telah bersetuju untuk itu. Tetapi pada hari ini 16/7/19 debt collector sekali lagi menelefon saya Dan mengarahkan saya menjelaskan Baki tunggakan segera dgn nada yg tinggi serta biadap serta mengugut untuk menelefon majikan saya. Beliau telah pun Berbuat demikian Dan ini telah menjejaskan reputasi saya. Berikut saya sertakan msg yg dihantar Oleh pihak debt collector sblm saya membuat bayaran pada 27/6/19 yang lepas...kali ini debt hanya membuat panggilan menggunakan no private number.

ugutan dari debt collector

  • Courts Malaysia / Courts.com.my's response · Jul 16, 2019

    Salam Sejahtera Pelanggan Yang Dihormati,

    Terima kasih kerana mengirimkan emel kepada Khidmat Pelanggan Courts.

    Pertama sekali, kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang di hadapi oleh anda.

    Walau bagaimanapun dalam usaha untuk kita meneruskan lagi, menghargai jika anda boleh menyediakan kami dengan nombor akaun atau nombor kad pengenalan pembeli untuk semakan kerana kami tidak dapat mengesan apa-apa rekod dengan maklumat yang disediakan dalam e-mel anda di bawah. Sila hubungi kami di talian bebas atau emel terus kepada kami di [email protected]

    Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kami, sila layari www.courts.com.my. Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan, dengan menghubungi talian bebas tol kami di 1-800-88-1832, Isnin – Ahad, 10 am – 7 pm ( Termasuk Cuti Umum ).

    Untuk membantu anda lebih baik pada masa akan datang, kami sedia mendengar tentang pengalaman anda bersama Courts. Sila klik http://bit.ly/courtsfeedback untuk menyertai kaji selidik berkenaan servis kami. Kami menghargai masa anda dan kami menghargai maklum balas anda.

    "Thank you for choosing Courts"

    Regards,

    Mugina Muniandy

    Customer Service Executive

    COURTS (Malaysia) Sdn Bhd
    (a subsidiary of COURTS Asia Limited)
    No. 36 Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
    D +603 2241 9888
    Toll Free : 1800 88 1832
    www.courts.com.my

  • Resolution Statement

    Customer Service has done everything in their power to resolve the complaint. All attempts to contact the customer have failed. Therefore, the complaint has been annulled and must not be considered where image of the company in question and its services are concerned.

Post your comment