Pos Lajutidak hantar ke alamat diberi

M Nov 07, 2018

Saya ingin membuat aduan mengenai servis Poslaju kawasan Kota Samarahan yang meliputi alamat kediaman saya iaitu Taman Desa Murni. Saya telah beberapa kali terpaksa mengambil sendiri parcel di Pejabat Pos Kota Samarahan. Ini adalah kerana sikap posmen yang tidak bertanggungjawab yang tidak menghantar parcel ke alamat yang diberi walaupun saya telah menyemak melalui treking poslaju yg 'item dispatched out'. Seharian, malah kadang2 sehingga 2 hari menunggu item out dispatched out yang tidak kunjung tiba.Keadaan ini semakin meruncing sejak 3 bulan kebelakangan ini sehinggalan bila disemak online, item telah pun sampai ke Pejabat Pos Kota Samarahan. Ini sangatlah mengecewakan saya memandangkan saya membuang masa menunggu parcel yang tak tiba2. Diharap, pihak yang berkenaan mengambil tindakan terhadap posmen yang tidak amanah dalam menjalankan kerja.

Post your comment

    By clicking Submit you are agreeing to the Complaints Board’s Terms and Conditions