Pos Laju Kota Seriemas Nilai, N. Sembilamlg244298827 my : 2 bungkus ubat dipos pada 13 november 2018 masih tidak sampai hingga ke hari ini 19 november 2018 11.00 pagi

M Nov 18, 2018
This review was posted by
a verified customer
Verified customer

2 bungkus ubat dipos oleh anak saya dari poslaju kota seriemas, Nilai, N.Sembilan pada 13 Nov 2018 tetapi masih tidak sampai sehingga hari sabtu 17 Nov 2018. Sebelum itu saya sudah banyak hari dan banyak kali mengakses poslaju tacking tetapi tiada sebarang status pernyataan keluar. Justeru saya menalipon talian poslaju [protected] untuk membuat pertanyaan dan komplen. Sayu dimaklumkan yang ubat tersebut masih lagi berada di poslaju Kota Seriemas, Nilai. Alangkah terkejut saya barang/ubat yg anak saya pos guna poslaju masih di situ.. Adakah patut PoslajuMalaysia guna nama poslaju kalau servisnya lembap..?????? Kami bayar mahal untuk servis yang cepat..Hari ini pos, barang sampai esok..barulah dinamakan poslaju...

Hari ini 19 Nov 2018 saya berjaya akses Tracking dan didapati dikatakan poslaju sudah pungut barang pada 13 Nov 2018 dan sampai pada 18 Nov 2018 di Kluang... Sehingga jam 12 tenghari hari ini saya masih menunggu barang/ubat saya tiba..

Sila ambil tindakan ke atas pihak yg anak saya berurusan.

Terima kasih.

Nota: Poslaju tidak pernah menasihati anak saya tentang urusan servis mana yang akan cepatkan perjalanan barang saya.Ubat adalah brang penting.

Sebelum ini banyak kali barang yang saya sepatutnya terima di rumah Bandar Enstek, terpaksa di ambil di pusat pungutan di Nilai . Saya tidak berpuas hati kerana rugi masa dan petrol kereta saya . Kenapa posmen tersebut tidak menalipon saya . Beliau cuma meletakkan kad notis suruh ambil barang...Perkhidmatan yang sangat mengecewakan.

Post your comment

    By clicking Submit you are agreeing to the Complaints Board’s Terms and Conditions