beberapa tahun lalu, bercadang nk beli almari baju di premis courts di ipoh. setelah memilih dan bersetuju dgn pembelian, pulang ke rumah dan menanti penghantaran seperti yg di janjikan. dari sehari ke sehari hingga berminggu-minggu tiada sebarang penghantaran diterima. setiap kali panggilan ke premis dibuat jawapan yg diberi, 'tunggu masih diproses' sehingga akhirnya jemu menunggu dan tak ambil peduli lagi. selepas beberapa bulan, telah terima 1 surat peringatan utk kelewatan pembayaran dari premis utk barang yg langsung tidak diterima! pengaduan dibuat di premis yg sama dan menurut pkerja yg berkenaan, pembetulan akan dibuat. namun, berapa bulan berikutnya, masih terima surat yg sama. malah nama sy turut di senarai hitam kan walaupun kesalahan bukan dipihak sy. mmg sy x pernah lg dan x akan lg berkunjung dan membeli apa2 dari company ini! lebih baik beli perabut di westcourt yg lebih murah, servis yg baik dan pekerja yg ramah!
The complaint has been investigated and resolved to the customer’s satisfaction.