SUBMIT A COMPLAINT

Red ONE Networkmasalah talian redone yang teruk

Selamat petang,

Untuk makluman saya merupakan salah seorang pengguna telco RedOne. Masalah yang saya dan komuniti hadapi adalah tidak dapat membuat panggilan masuk dan panggilan keluar apabila berada kediaman di dalam kawasan Kuarters Kastam, Jalan Kastam, 42000 Pelabuhan Klang. Masalah ini telah berlarutan beberapa minggu yang lalu. Sebelum ini memang tiada masalah dengan talian. Saya mengesyaki mungkin terdapat masalah pada pemancar signal berdekatan kerana penggunaan data internet juga kadang kadang berlaku signal lost.

Mohon pihak RedOne bertindak segera bagi menyelesaikan masalah ini kerana begitu menyusahkan saya sebagai pengguna RedOne.

Mi
Nov 26, 2018

Post your comment