Pada 16/12/2021 saya telah membuat satu aduan pada kjb auto sdn bhd (g-mart) berkenaan kerusi di bahagian pemandu kereta saya ada mengeluarkan bunyi ketika memandu. Pihak servis center juga telah memeriksa dan mendapati bunyi itu memang ada. Mereka kata akan memanjangkan aduan pada pihak yang berkenaan.
Pada may 2022 saya telah pergi ke tempat yang sama untuk servis dan membuat lagi sekali aduan kerana aduan yang pertama langsung tiada tindakan, pihak servis juga mengaku mereka tidak memanjangkan aduan pertama berkenaan.
Pada 23/08/22, aduan saya masih tiada apa-apa tindakan. Saya telah menghubungi pihak servis, dan dia hanya jawab "masih ada bunyi ke"? Servis perodua memang seteruk ini ke? Kene tunggu sehingga habis warranti baru akan ambil tindakan ke!
Tolong ambil tindakan pihak perodua!
Country of complaint: Malaysia