Menu
CB Other Review of PS TMN BT Gajah Perdana
PS TMN BT Gajah Perdana

PS TMN BT Gajah Perdana review: Mewujudkan sistem pemulangan wang apabila sistem bermasalah

F
Author of the review
8:54 am EDT
Verified customer This complaint was posted by a verified customer. Learn more
Featured review
This review was chosen algorithmically as the most valued customer feedback.

Pada 28/4/2022 jam 18:06:34, saya telah datang untuk mengisi minyak di stesen tersebut. Pembayaran telah dibuat sebanyak rm30. Setelah pembayaran dibuat, proses isian minyak tidak dapat dilakukan kerana sistem bermasalah akibat kilat yang kuat. Kami telah diminta untuk menunggu sebentar sementara staff menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah menunggu beberapa ketika, saya telah ke kaunter pembayaran dan memulangkan resit pembayaran bagi mendapatkan semula wang saya kerana perlu segera pulang. Staff memaklumkan tidak dapat memulangkan wang kerana sistem down dan saya perlu menunggu lagi kerana pengurus sedang cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Saya memaklumkan kepada staff bahawa saya perlu meneruskan perjalanan pulang kerana masih jauh. Staff tersebut hanya memaklumkan kepada saya untuk terus menunggu tanpa memulangkan kembali resit kepada saya. Saya kemudiannya meminta seorang lagi staff di kaunter untuk memulangkan resit kepada saya dan dengan perasaan kecewa, meneruskan perjalanan tanpa mengisi minyak tapi wang tidak dikembalikan.

Saya mencadangkan agar satu sistem pemulangan wang pelanggan boleh dilakukan walaupun sistem down dan bermasalah.

Desired outcome: SILA WUJUDKAN SATU SISTEM PEMULANGAN WANG PELANGGAN SEKIRANYA SISTEM BERMASALAH. TERIMA KASIH

View 0 more photos
0 comments
Add a comment