SUBMIT A COMPLAINT

GDex / GD Express / pemandu penghantar barang kurang sopan

tingkat bawah no 47 & 49,persiaran TBC,Taiping Business centre,34000 taiping, Malaysia

Saya sebagai pelanggan yang menerima barangan dari perkhidmatan syarikat ini berasa amat kecewa dengan sikap pemandu yang menghantar barangan ke pejabat saya.Perkhidmatan ini saya bayar dan bukan nya percuma.Jadi tugas penghantar barang adalah menghantar barang dan bukan nya sebagai tukang komen .Ini bukan pertama kali saya terima note beserta kata-kata yang kurang sopan tetapi kali ketiga. Jadi sekiranya pelanggan tiada dipejabat, anda boleh hubungi no handphone peribadi yang telah terpampang besar di pejabat saya.Atau sekiranya malas nak hubungi no handphone, anda tinggalkan consigment note tanpa kata-kata yang tak puas hati terhadap pelanggan anda.Pejabat saya bukan ada pengawal yang jaga selama 24 jam.Saya selalu bekerja diluar kawasan malah kerani saya pula ada waktu ke bank, waktu makan atau urusan lain di luar pejabat.Pejabat saya setiap minggu ada barang yang akan sampai dari penghantar perkhidmatan lain selain dari gdex.Namun tidak pernah sekali pun saya terima rungutan dari pihak penghantar sepertimana yang saya terima dari gdex.Malah mereka sendiri(penghantar perkhidmatan lain)pun tahu untuk hubungi saya sekiranya tiada orang dipejabat saya.

GDex / GD Express

Sp
Jun 12, 2019

Post your comment