SUBMIT A COMPLAINT

Pos Malaysia Berhad / dokumen dikirim tidak diterima oleh penerima

Pada 16/07/2018 jam 10.26 pagi saya telah membuat penghantaran barangan (dokumen) pos laju nombor tracking EH697845715MY di Pejabat Pos Laju Sandakan. Nilai barangan yang saya pos adalah dokumen asal Road Tax yang berjumlah RM260.60. Saya telah membuat penghantaran kepada anak saya bernama KHAIRUL IKHWAN BIN SAIFUL di alamat Q1-3, Tingkat 3, Fasa 5, Jalan Bundusan, 88300, Penampang, Kota kinabalu.
Barangan tersebut tidak diterima oleh penerima selepas 3 hari. Pada lebih kurang jam 2.55 petang @ 21/07/2018, anak saya telah pergi ke Pos Laju Kota Kinabalu untuk membuat aduan dan diberitau bahawa surat ada bersama tukang hantar surat dan dijanji surat akan dihantar ke alamat penerima. Pada 27/07/2018 anak saya pergi sekali lagi ke Pejabat Pos Laju kota Kinabalu sebab barangan belum diterima dan diberitau pergerakan surat tidak diketahui dan di suruh untuk membuat surat aduan. Pada 30/07/2018 telah menyusul perkara di Pejabat Pos Laju Kota Kinabalu dan diberitau barangan tersebut sudah "declared" hilang dan disuruh membuat surat menuntut pampasan. Saya membuat laporan ini untuk membuat tuntutan pampasan.

Fa
Jul 30, 2018

Post your comment