The most trusted and popular consumer complaints website
Explore your opportunities! Create an account or Sign In

Pos Malaysia Berhad / delivery lambat

1 United States Review updated:

Status yang di update di EMS, pos laju dan GMarket (website yang saya beli barang) tidak tally.
Sebagai contoh:
Status di EMS tracking pada [protected], 11:17 am: Delivery attempted
Status di GMarket pada [protected], 11:17 am: Delivery unsuccessful
Status di Pos laju tracking pada [protected], 11:17 am: Tiada status di update

Manakala pada [protected] hingga [protected], status di Pos laju tracking adalah Arrive at delivery facility di Pos laju Segambut.

Pada [protected], panggilan telefon telah di buat untuk bertanya mengenai keberadaan parcel kerana status yang di update pada [protected] adalah berbeza beza seperti yang di nyatakan di atas. Pada hari yang sama, panggilan kedua telah di buat untuk meminta penghantaran parcel di segerakan. Pihak pos laju berjanji untuk menghantar dengan segera dan akan sampai sama ada pada [protected] atau [protected].

Namun sehingga [protected], tiada penghantaran di lakukan. Satu lagi panggilan di buat, dan pihak pos laju berjanji untuk menghantar pada [protected].

Tetapi, akan sebab parcel diperlukan dengan kadar segera, saya terpaksa mengambil sendiri parcel di Pos laju Segambut pada petang [protected].

Aduan saya di sini, sila update status yang tepat di laman track & trace dan lakukan penghantaran dengan segera, terutama sekali setelah aduan di lakukan. Apa guna saya membayar servis penghantaran tetapi barang itu tidak di hantar kepada saya. Servis pos laju amat mengecewakan. Ini bukan kali pertama perkara sebegini terjadi. Sila ambil tindakan yang sewajarnya dan perbaiki servis anda.

At
Jul 27, 2018
Sort by: UpDate | Rating

Comments

  • Ya
      10th of Aug, 2018
    0 Votes

    Status yang dinyatakan semasa semakan ke atas barang dari GMarket Korea yang dihantar melalui EMS menunjukkan 'unsuccessful delivery' pada jam 11.11 am pada 10 Ogos 2018 tetapi mengapa tiada makluman dari pihak berkaitan mengenai kegagalan penghantaran ini? Bukan boleh call penerima ke? Lokasi barang saya pun tidak dimaklumkan dgn jelas. Hanya dimaklumkan di lokasi MY6815.

Post your comment