SUBMIT A COMPLAINT

Pos Malaysia Berhad Cawangan Tesco Taiping Peraklayanan yang tidak memuaskan dari pekerja kaunter bernama yusman.

Pada 21 April 2018, jam 4.40 petang saya telah berurusan di Pos Malaysia Cawangan Tesco Taiping, Perak. Malangnya, pekerja kaunter yang bernama Yusman telah menunjukkan sikap yang tidak berhemah ketika menjalankan tugas.

Semasa tiba giliran saya 2015, saya hanya lewat beberapa saat disebabkan pandangan saya terhalang oleh tiang besar . Giliran 2016 telah dipanggil. Apabila sedar giliran yang sudah terlepas, saya terus ke kaunter.
Namun pekerja kaunter bernama Yusman telah mengeluarkan perkataan" saya sudah lama tunggu" dengan wajah yang sinis dan bahasa badan yang tidak berhemah.

Pekerja kaunter seolah-olah tidak berminat untuk berurusan dengan saya dan seolah-olah saya telah menyusahkannya. Padahal, saya hanya lewat beberapa saat. Tambahan pula giliran selepas saya, adalah perempuan muda, dan dia lebih berminat untuk melayani perempuan tersebut.

Pada pendapat saya, saya hanya lewat beberapa saat dan belum terlepas sehingga tiga nombor giliran. sepatutnya, pekerja kaunter bertimbang rasa dan berhemah semasa berurusan dengan pelanggan. Pelanggan hanya perlu mengambil nombor baru sekiranya terlepas tiga nombor giliran sepertimana yang tercatat didalam slip giliran.

Diharapkan pihak Pos Malaysia mengambil tindakan yang tegas terhadap pekerja kaunter bernama Yusman yang jelas tidak berintegriti dalam menjalankan tugasnya sebagai pekerja kaunter.

Pos Malaysia Berhad Cawangan Tesco Taiping Perak

Az
Sep 24, 2018

Post your comment