SUBMIT A COMPLAINT

Pizza Hut Malaysiaservis dan makanan yang teruk

Penggemar pizza,
Tanjong malim,
Malaysia.

Saya sebagai salah seorang daripada penggemar pizza dan juga menggemari setiap pizza yang dikeluarkan oleh pizza hut malaysia merasa sedikit kecewa terhadap kualiti pizza yang saya beli di tanjung malim, yang beralamat di no 3, grd @ 1 flr, jalan douglas (Jln hj mustapha raja) , tg malim, 35900 perak. Hal ini kerana, pizza yang dijual di pizza hut tanjong malim mempunyai kualiti pizza yang paling teruk yang pernah dibeli oleh saya. Saya sangat meminati pizza hut malaysia, tetapi selepas pergi ke kedai pizza hut tanjong malim, saya merasa sangat kecewa. Pertama kali saya pergi ke sana, saya telah mendapat pizza yang keras dan rupanya seperti pizza yang penyek dipijak-pijak. Wal hal, sebelum ini saya selalu membeli pizza di kawasan lain dan tidak pernah menjumpai pizza seperti ini. Saya telah bertekad untuk tidak membeli pizza di sana. Selepas beberapa lama, saya merasakan mungkin terdapat perubahan pada pizza hut tanjong malim. Hal yang sama juga berlaku, pizza yang saya perolehi kualitinya sangat rendah. Tegas ingin saya katakan, pizza itu tidak layak untuk dijual kepada pembeli dan pelanggan pizza hut tanjong malim. Pizza yang terakhir saya beli, iaitu beberapa bulan yang lalu, iaitu pizza double topping yang baru keluar ketika itu, dalam keadaan hangus. Saya sungguh kecewa dengan kualiti pizza tanjong malim. Untuk pengetahuan, saya selalu membeli pizza secara 'take away'. Oleh kerana itu saya sering kali tidak dapat membuat aduan terus semasa itu. Saya harap sesuatu boleh dilakukan untuk mengekalkan kualiti pizza oleh pizza hut malaysia. Hal ini kerana, jika saya ingin memakan pizza, tempat paling dekat ialah kawasan rawang. Harap perkara ini dapat diambil tindakan oleh pihak tuan.

Terima kasih,

Ai
Jan 24, 2015

Post your comment