Explore your opportunities! Create an account or Sign In
The most trusted and popular consumer complaints website

Perodua Alza

Posted:    

Service

Complaint Rating:  100 % with 2 votes
100% 2
5
Service yang dijalankan di cawangan ini amat teruk dan tidak mahu bertanggungjawab atas kerosakan yang dialami oleh pengguna.Saya tidak berpuas hati dengan Service Maneger di tempat berkenaan iaitu Mr NG JOON HOE yang berpihak kepada makanik di tempat beliau iaitu membuat service kereta dengan tidak berhati-hati dan saya terpaksa menanggung risiko dengan terpaksa menukar bateri kenderaan saya sendiri di sebabkan kelalaian pihak mereka dalam membuat service terhadap kereta saya iaitu pada 22.02.2011 dengan tidak membuat semakan air bateri ke atas kenderaan saya dan memberitahu saya jika ingin melaporkan kepada HQ berkenaan masalah saya ini adalah dipersilakan berbuat dengan demikian.Adalah betul cara beliau bercakap begini dengan seorang pengguna.Dimanakah hak kita sebagai pengguna untuk menyuarakan sesuatu masalah apabila pihak yang bertanggungjawab melepas tangan begitu sahaja.Disini saya setakan alamat service center yang saya membuat pemeriksaan kenderaan saya iaitu Pusat Service Perodua Kawasan Perusahaan Miel Sg lalang 08000 Sungai Petani, Kedah.
Complaint comments Comments (5) Complaint country Malaysia Complaint category Car Service Centers

Comments

Sort by: Date | Rating
N  2nd of Jun, 2011 by    +1 Votes
saya amat kecewa apabila sampai di tempat service center menyatakan masalah yang saya alami tidak dapat di atasi oleh Pusat Service tersebut. Kereta saya mengalami masalah bacaan pada kandungan minyak dalam tank berbeza dengan jarak km yang di paparkan. Saya telah mengisi minyak penuh tapi bacaan jarak km yang di paparkan hanya 100 lebih km. Pada hal sebelum ini ianya berjalan dengan lancar, mengikut sepertimana bacaan sebenar (masa baru beli) maksudnya bila minyak Full Tank bacaan jarak km yang di paparkan adalah 450 lebih km namun setelah setahun enam bulan kenderaan di gunakan ianya telah mula menunjukkan kelemahan kenderaan tersebut. Dimanakah harus saya rujuk perkara tersebut atau apa perlu saya lakukan. Saya harap pihak perodua dapat membantu saya untuk mengatasi masalah ini dengan segera.
N  28th of Jun, 2011 by    +1 Votes
Pada Sabtu 25/6/2011 saya telah menghantar kereta saya ke Perodua Service center di Balakong tetapi dukacitanya saya diberitahu service centere berkenaan tidak membuat sebarang pemeriksaan complaint pada hari Sabtu dan minta saya datang pada hari bekerja untuk kereta saya diperiksa. Persoalan saya pada pihak Perodua bolehkah kereta Alza ini disetkan untuk ada masalah pada hari bekerja sahaja...selain itu kenapa di dalam katalouge atau buku panduan manual tidak tertulis tentang hari sabtu tak boleh buat komplain atau masa menunggu untuk claim perodua parts ( Warranty ) perlu menunggu sekurang kurangnya 3 hari. Saya mencabar pihak pengurusan Perodua untuk memaklumkan dan mewartakan perkara-perkara ini untuk makluman pelanggan. Saya rasa sungguh tertipu dengan perkhitdmatan selepas jualan Perodua. Ingat beli kereta dari Perodua akan menyenangkan...tapi malah menyusahkan kita balik...Pihak pengurusan Perodua hormatilah masa pelanggan...bukan semua pelanggan mempunyai masa yang terluang seperti anda hargailah mereka kerana GAJI anda mereka yang bayar.
N  8th of Dec, 2011 by    0 Votes
Saya pengguna kenderaan perodua selama hampir 9 tahun daripada nama orang lain kepada nama sendiri.pada 24/04/2010 saya telah mendapat kelulusan bank pembiayaan kenderaan perodua alza dan menggunakan sehingga sekarang.Amat mendukacitakan apabila kenderaan tersebut telah mengalami sedikit masalah iaitu apabila hendak menghidupkan enjin ianya tidak akan hidup kecuali 'res enjin" tidak dilepaskan. Apabila saya membawa ke Perodua servis mereka tidak menemui masalah yang saya hadapi dan kawan saya juga menggunakan Perodua Alza menghadapi masalah yang sama.Persoalannya bagaimana Perodua dapat menyelesaikan masalah saya dan kenderaan masih didalam jaminan Perodua servis.
N  28th of Feb, 2012 by    +1 Votes
can i complain my perodua car at here?
because my rear side lamp leaking at januari, but after change lamp now still leaking, only 1 month, leaking again,
The value almost 70k of car, but quality are so bad, are u can accept or not?????
NO QUALITY, NO STANDARD
N  28th of Feb, 2012 by    0 Votes
aku pun tak kan beli perodua lg, baru tukar lampu sebulan, sekarang masuk air lg, kereta nio memang bodoh

Post your Comment

Please check text spelling before submitting a comment
Your attitude towards Complaint Agree Neutral Disagree
Comment text
Attach photos (optional)

Contact Us
bdomains.com
     

Reply to

Send