SUBMIT A COMPLAINT

Malaysia Airlinespenempahan ticket online

Pada 11 Mei 2017 saya telah membuat tempahan ticket melalui melalui on-line dari Alor Setar Ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun transaksi dalam email yg diterima memaklumkan reservation INCOMPLETE namun diberikan no rujuan KVJRT.Saya telah membuat semakan dengan Customer services di talian [protected] untuk mendapatkan penjelasan. Dan dimaklumkan pembayaran kad kredit tidak berjaya dan memohon untuk membuat semakan semula dengan maybank sama ada transaksi pembayaran berjaya atau sebaliknya. Saya terus menghubungi pihak Maybank dan dimaklumkan transaksi berjumlah RM 337.08 telah berjaya. Saya sekali lagi menghubungi pihak MAS dan memaklumkan status transaksi yg berkenaan dan semakan semula dibuat di dapati pembayaran adalah berjaya dan membuat pengesahan akan memgeluarkan ticket baru melalui email dan memohon saya menunggu pada hari isnin tau selasa depan. Selepas masa dijanjikan saya masih gagal mendapat ticket berkenaan. Saya membuat panggilan kedua dan memaklumkan masalah yg sama dan pihak MAS membuat semakan dan menyatakan pembayaran telah berjaya dibuat dan terdapat kesilapan di pihak MAS yang membatalkan ticket berkenaan. Bagaimanapun pihak MAS berjanji akan membuat booking semula dan memaklumkan kepada saya melalui email pada hari yang sama selewatnya sblm pukul 7mlm. Pada 19 saya menghubungi MAS kali ke-3 dan masih dimaklumkan perkara yang sama, pembayaran telah berjaya, booking baru akan dibuat dan akan terus menghubungi telefon bimbit saya sebelum pukul 3ptg ini. Namun sehingga pukul 5 tiada panggilan diterima dan saya membuat panggilan ke-4 dan masih diberikan maklumat yang sama pembayaran telah berjaya dan status ticket baru saya akan dimaklumkan isnin depan iaitu 22 mei 2017. Saya telah membuat aduan melalui laman rasmi MAS di atas ketidakcekapan yg berlaku. Bagaimanapun respond yang saya perolehi daripada aduan adalah pembayaran saya pada 11 Mei adalah gagal menyebabkan ticket tidak dikeluarkan. Saya sangat terkejut kerana saya telah maklumkan pembayaran berjaya dan disahkan sendiri oleh customer srvice MAS yang menyambut panggilan saya. Saya sebagai pelanggan terasa diperkotak katikkan dan teraniaya dengan perkara2 ini selain komitmen yang dibuat oleh ibu bapa saya untuk datang ke Kuala Lumpur pada 26 Mei ini sedikit sebanyak membuatkan saya harus membuat aduan ini.

Fa
May 19, 2017

Post your comment