SUBMIT A COMPLAINT

KTM / Keretapi Tanah Melayu / pelanggaran etika perniagaan oleh staff kaunter ktmb terminal bersepadu selatan (tbs)

Kuala lumpur, Malaysia
Contact information:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 23 Oktober 2018 kira-kira pukul 12.20 tengahari, saya telah berurusan dengan staff kaunter tiket di kaunter 2 KTM TBS yang saya dapat tahu namanya adalah Saiful. Aduan ini dibuat atas dasar pelanggaran etika perniagaan. Berikut adalah pelanggaran etika yang saya kenalpasti.

1. Saya telah memberi salam keagamaan iaitu Assalamualaikum tetapi tidak dijawab. Dengan penuh penuh kesabaran, saya berurusan dengan en saiful walaupun sikap acuh tak acuh terus diperlihatkannya.

2. Apabila saya bertanya dia hanya menjawab dengan kasar dan tanpa ada empati terhadap pelanggan.

3. Tiada resit dikemukakan apabila saya membuat bayaran untuk kad dan tambah nilai ke pulau sebang untuk 5 orang dewasa RM90 dan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun berjumlah RM6.40.

4. Kempat-empat keluarga saya dan anak saya berjaya melepasi laluan pelepasan, namun ayah saya gagal scan dengan lampu bertanda merah. Ayah yang tersangkut disitu telah pergi ke kaunter semula dan bertanya kepada saiful malangnya tidak diendahkan dan mengarahkan ayah saya terus masuk sahaja. Staf yang berkerja sebagai service ambassador hanya memberi laluan masuk ke laluan yang tak perlu scan kad.

5. Masalah timbul apabila kami sekeluarga tiba ke pulau sebang. Sekali lagi kad ayah saya gagal berbunyi beep dan saya semak baki di kaunter. Baki menunjukkan RM3 SAHAJA ini bermakna RM15 tak ditambah nilai ke kad berkenaan . Dan saya perlu menjelaskan baki tambang selebihnya. Saya berasa sangat marah dan menyuruh staf kaunter pulau sebang terus berhubung ke ktm tbs. Malangnya saiful dah balik. Setelah berunding dengan staf kaunter ktm pulau sebang, mereka terpaksa menarik balik kad tersebut tanpa meminta caj tambahan. Saya akur dan sempat memberitahu mereka yang saya tak akan halalkan duit yang disalahguna samada sengaja atau tidak sengaja.

Justeru, saya memohon pihak pengurusan Ktmb untuk memandang serius perkara ini. Bukan sekadar RM15 semata-mata tetapi saya berasa tindakan pelanggaran etika yang berlaku dalam kalangan staf KTMB perlu diperhatian serius supaya tiada insan lain akan menghadapi perkara sama seperti saya. Saya berharap sangat SAIFUL perlu mendapat pengajaran di atas perilaku yang tidak sepatutnya staff KTMB tonjolkan kepada pelanggan kerana kami sebagai pelanggan tidak menggunakan perkhidnatan KTMB dengan percuma.

Sekian, terima kasih.

Du
Oct 23, 2018

Post your comment