SUBMIT A COMPLAINT

Effiedaaets ktm

1
E Nov 18, 2017

Pada 14/11/2017, jalm l/krg 7 -8 malam, saya telah pergi ke Kaunter KTM di KL Sentral untuk membeli tiket ETS ke Sg Petani. Oleh kerana trafik pada ketika itu, suami saya telah meminta saya supaya membeli tiket dengan membawa kad kuasa Polis bagi mendapatkan diskaun 25% sementara dia menunggu di kereta.
Semasa di kaunter 1 (SATU) saya tidak dibenarkan mendapat diskaun 25% sebagai isteri kepada Pegawai Polis kerana tidak membawa Surat Nikah. Saya ingin melapurkan ketidak professional staf di kaunter 1 apabila menidakkan hak saya sebagai isteri pegawai Polis utk mendptkan dskaun25% ‘
Saya telah mempamirkan Kad Kuasa suami saya di kaunter 1. Walaubagaimanapun staff tersebut mahu memastikan saya ada isteri sebenar kpd pegawai polis tersebut. Sy telah dtg semula dengan membawa "official diary" yang mencatit nama saya sebagai waris/isterinya. Walaubagaimanapun staff tersebut masih menyatakan bahawa sesiapa saja boleh menulis nama di dalam diary tersebut. Sy kemudiannya menunjukkan kad medical Koperasi Polis yang tercatat nama saya dan untuk makluman hanya keluarga polis sy boleh mendpt fasiliti tersebut.
Ini bukanlah kasi pertama suami saya membeli tiket ETS utk dirinya dan saya, tetapi kali ini, saya merasakan staff di Kaunter 1 itu sangat tidak professional bila memberikan pelbagai alasan utk tidak membenarkan saya sebagai isteri pegawai polis mendptkan diskaun 25%. Secara logik dan akal... mana mungkin saya boleh mempamirkan kad kuasa suami saya kalau sy bukan isterinya, mana mungkin saya memiliki kad medical jika saya bukan isterinya, mana mungkin saya boleh mempamirkan official diary suami yang yg boleh ditender di mahkamah kalau bukan milik suami saya. Alasan supaya mempamirkan surat nikah sangat keterlaluan kerana mana mungkin sy perlu membawa surat nikah bersaiz A4 ke sana ke mari. Tidak cukupkan dengan bukti yang dipamirkan bagi menjelaskan bahawa saya isterinya dan berhak mendpt 25%.
Tindakan tidak professional staf di kaunter 1 ini memberikan satu imej yang sgt buruk kpd KTM yang sepatutnya membantu pelanggan, memudahkan pelanggan dan bukannya menyusahkan. Bukanlah banyak manapun 25% yang diberikan ini tetapi saya hanya ingin menggunakan kemudahan yg diberikan disamping mendptkan perjalanan yg baik dgn ETS. (Staff kaunter 1)

Post your comment