The most trusted and popular consumer complaints website
Explore your opportunities! Create an account or Sign In

CIMB AutoFinance - Wisma Nusantara / Tidak Puas Hati Layanan Kakitangan CIMB AutoFinance - Wisma Nusantara

1 Malaysia Review updated:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Saya merupakan salah seorang pelanggan yang telah membuat pinjaman kenderaan daripada CIMB (Cawangan Kuantan) pada tahun 2006 untuk pembelian sebuah kenderaan. Tempoh pinjaman tersebut adalah selama tujuh (7) tahun. Sehingga sekarang, saya tidak pernah gagal untuk membuat bayaran ansuran bulanan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank. Baru-baru ini, saya bercadang untuk menukar kenderaan tersebut kepada kenderaan lain dan bercadang untuk melunaskan baki pinjaman kepada pihak bank. Untuk itu, saya memerlukan penyata terkini berhubung baki sebenar jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan. Untuk itu, pada 19 Januari 2009, saya telah menghubungi CIMB Cawangan Kuantan (bercakap dengan Encik Jefri) untuk mendapatkan jumlah tersebut. Walau bagaimanapun, saya difahamkan bahawa maklumat tersebut hanya boleh diperoleh dengan menghubungi CIMB AutoFinance yang terletak di Wisma Nusantara, Kuala Lumpur. Setelah mendapatkan maklumat daripada talian [protected], saya telah cuba untuk menghubungi cawangan terbabit memandangkan saya memerlukan maklumat tersebut dengan kadar segera.

Pun begitu, maklumbalas yang saya terima amat mendukacitakan. Saya mula menghubungi talian yang diberikan iaitu 03-[protected] bermula pada pukul 1.00 petang. Saya cekalkan hati untuk membuat panggilan walaupun selepas berbelas-belas kali cubaan saya untuk menembusi talian tersebut masih gagal kerana saya amat memerlukan maklumat tersebut dengan kadar segera. Kecewa dengan layanan yang diterima, saya cuba menghubungi talian [protected] semula untuk mendapatkan bantuan. Saya telah diberi nombor lain iaitu 03-[protected] untuk dihubungi. Keadaan yang sama juga berlaku malah lebih mendukacitakan di mana talian disambut tetapi tidak dijawab. Ini kerana saya dapat mendengar perbualan dan gelak tawa kakitangan yang berada di sana tanpa mempedulikan kehendak saya sebagai pelanggan. Malah saya juga muak mendengar kata-kata ‘Panggilan anda penting bagi kami’ setiap kali cubaan untuk meghubungi dibuat. Memandangkan saya perlu menghadiri mesyuarat pada sebelah petang, sebagai alternatif lain saya telah mengfakskan surat permohonan untuk mendapatkan penyata tersebut. Saya mengakui kesilapan saya untuk menandatangani surat tersebut semasa penghantaran kali pertama kerana berada dalam keadaan tergesa-gesa. Mujurlah saya menyedari kesilapan tersebut dan telah membuat penghantaran semula sebanyak 2 salinan dan saya masih menyimpan dokumen bukti penghantaran tersebut jika keadaan memerlukan.

Saya kemudian meneruskan cubaan untuk menghubungi nombor-nombor talian yang telah diberikan sebelum ini dengan harapan kakitangan terbabit sudah kembali bertugas memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang. Malangnya keadaan yang sama berulang. Saya menjadi buntu dan memutuskan untuk mendapatkan bantuan pegawai pelanggan talian [protected], sekiranya boleh membantu. Kali ini saya diberi 2 nombor lain iaitu 03-[protected] dan 03-[protected]. Cubaan berkali-kali saya menggunakan nombor-nombor tersebut tetap gagal. Buat kali yang saya sendiri tidak ingat, saya menghubungi lagi talian [protected], dan talian saya pada kali ini telah disambut oleh pegawai pelanggan bernama Rebecca. Kesungguhan beliau untuk membantu saya meskipun tugasan beliau tiada kena mengena dengan kehendak saya, amat saya hargai dan wajar diberi pujian oleh pihak CIMB. Beliau telah cuba untuk menyambungkan saya dengan nombor-nombor yang telah diberikan kepada saya sebelum ini walaupun cubaan-cubaan tersebut tetap gagal. Kesungguhan beliau membantu saya telah meredakan kegelisahan dan kemarahan saya selaku pelanggan. Sesungguhnya rasa empati beliau atas perasaan saya amat melegakan. Demi kebaikan bersama, saya telah melaporkan insiden yang telah saya lalui kepada beliau untuk tujuan rekod agar perkara yang telah menimpa saya tidak menimpa pelanggan lain. Akhirnya, maklumat yang saya perlukan tidak saya perolehi pada hari tersebut.

Pada 20 Januari 2009, saya telah menerima panggilan daripada Encik Wan (CIMB cawangan Wisma Genting) memberitahu kesilapan saya membuat penghantaran faks kepada beliau. Ini kerana saya telah membuat penghantaran kepada 2 nombor berasingan iaitu 03-[protected] dan 03-[protected]. Saya menghargai panggilan beliau memaklumkan hal tersebut. Walau bagaimanapun, maklumbalas yang diterima daripada cawangan Wisma Nusantara pada pagi ini sungguh mendukacitakan. Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, berlaku kesilapan semasa penghantaran faks pada kali pertama dan kesilapan tersebut telah pun diperbetulkan. Selaku pelanggan, saya merasa amat terhina dengan maklumbalas yang diterima yang tidak langsung melambangkan slogan yang diwarwarkan oleh pihak CIMB sendiri. Saya lampirkan maklumbalas yang telah saya terima untuk diteliti dan dinilai sendiri oleh pihak berkaitan dengan meletakkan kedudukan sebagai pelanggan. Pelanggan akan dilayan dan ditabur dengan janji-janji manis apabila pihak bank ingin mempengaruhi pelanggan untuk melanggan produk mereka tetapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya apabila pelanggan berada dalam keadaan benar-benar memerlukan. Secara jujur, saya merasa hak saya sebagai pelanggan tidak dihargai langsung oleh pihak CIMB sedangkan saya telah menyatakan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ada sebarang masalah dengan permohonan tersebut.

Saya amat berharap agar keadaan ini dapat diperbaiki oleh pihak yang berkaitan demi kebaikan semua pihak dan kesilapan yang sama tidak lagi berulang.

PELANGGAN KECEWA,
Putrajaya.

Sort by: UpDate | Rating

Comments

  • An
      16th of Jul, 2017
    0 Votes

    Hello

    Adakah anda seorang pelabur, Pemilik Perniagaan, Usahawan, Kontraktor, Petani, Memulakan e.t.c? Mungkin anda memerlukan dana untuk membeli hartanah, membetulkan / membalik, menambah baik perkhidmatan anda / menubuhkan Annisa Ahmad untuk membantu mereka yang memerlukan kewangan mengarkibkan matlamat mereka yang kami melabur ke hartanah, projek / perniagaan dan juga menawarkan semua jenis pinjaman kepada orang yang berminat Dari mana-mana negara yang mempunyai kadar kredit yang pernah ditolak oleh bank atau pemberi pinjaman lain? Kami boleh menawarkan pinjaman yang anda perlukan pada kadar yang berpatutan, kami juga memerlukan perkhidmatan Broker yang boleh merujuk orang yang memerlukan bantuan kewangan dan kami membayar setiap bulan untuk perkhidmatan anda menghubungi kami melalui email di bawah ini jika anda berminat dengan pinjaman atau keperluan Pelabur
    E-mel: [protected]@gmail.com

    Hello

    Adakah anda seorang pelabur, Pemilik Perniagaan, Usahawan, Kontraktor, Petani, Memulakan e.t.c? Mungkin anda memerlukan dana untuk membeli hartanah, membetulkan / membalik, menambah baik perkhidmatan anda / menubuhkan Annisa Ahmad untuk membantu mereka yang memerlukan kewangan mengarkibkan matlamat mereka yang kami melabur ke hartanah, projek / perniagaan dan juga menawarkan semua jenis pinjaman kepada orang yang berminat Dari mana-mana negara yang mempunyai kadar kredit yang pernah ditolak oleh bank atau pemberi pinjaman lain? Kami boleh menawarkan pinjaman yang anda perlukan pada kadar yang berpatutan, kami juga memerlukan perkhidmatan Broker yang boleh merujuk orang yang memerlukan bantuan kewangan dan kami membayar setiap bulan untuk perkhidmatan anda menghubungi kami melalui email di bawah ini jika anda berminat dengan pinjaman atau keperluan Pelabur
    E-mel: [protected]@gmail.com

    Hello

    Adakah anda seorang pelabur, Pemilik Perniagaan, Usahawan, Kontraktor, Petani, Memulakan e.t.c? Mungkin anda memerlukan dana untuk membeli hartanah, membetulkan / membalik, menambah baik perkhidmatan anda / menubuhkan Annisa Ahmad untuk membantu mereka yang memerlukan kewangan mengarkibkan matlamat mereka yang kami melabur ke hartanah, projek / perniagaan dan juga menawarkan semua jenis pinjaman kepada orang yang berminat Dari mana-mana negara yang mempunyai kadar kredit yang pernah ditolak oleh bank atau pemberi pinjaman lain? Kami boleh menawarkan pinjaman yang anda perlukan pada kadar yang berpatutan, kami juga memerlukan perkhidmatan Broker yang boleh merujuk orang yang memerlukan bantuan kewangan dan kami membayar setiap bulan untuk perkhidmatan anda menghubungi kami melalui email di bawah ini jika anda berminat dengan pinjaman atau keperluan Pelabur
    E-mel: [protected]@gmail.com

  • Fr
      24th of Feb, 2018
    0 Votes

    Halo,
      Kami adalah Pertubuhan Kristian yang dibentuk untuk membantu orang yang memerlukan
      membantu, seperti bantuan kewangan. Jadi jika anda melalui kewangan
      kesukaran atau kekurangan kewangan, dan anda perlukan
      dana untuk
      memulakan perniagaan anda sendiri, atau anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikannya
      hutang atau bayar
      bil, mulakan dengan baik, atau anda merasa sukar untuk melakukannya
      dapatkan pinjaman modal dari bank tempatan, hubungi kami hari ini
      sama dengan e-mel
      meminta menerima, dan dia yang mencari mencari, dan kepada siapa yang mengetuk, pintu
      akan dibuka. "Jadi, jangan biarkan peluang ini meluluskan anda sebagai
      Yesus adalah hari yang sama, hari ini dan selama-lamanya
      untuk orang yang berfikiran serius dan takut kepada Tuhan.
      Kami mengesyorkan supaya anda melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..
      Nama awak: ______________________
      Alamat anda: ____________________
      Negara awak: ____________________
      Pekerjaan anda: __________________
      Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: ______________
      Tempoh Pinjaman: ____________________
      Pendapatan bulanan: __________________
      Nombor Telefon Bimbit: ________________
      Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
      Jika anda telah memohon pinjaman sebelum ini, di mana anda dilayan dengan jujur?
      di mana anda akan menemui syarikat? ...

      Bertindak cepat dan keluar dari tekanan kewangan, kekeliruan dan ketidakselesaan
      hubungi franca Perbadanan Pinjaman Hari ini melalui e-mel di alamat berikut:
      sumber sehingga anda dapat memindahkan dana ini ke dalam akaun anda, dan
      respons cepat dan cepat anda menentukan berapa pantas yang anda harus terima
      pinjaman anda. Tanpa sebarang kelewatan Terapkan untuk anda
      pinjaman terbaik dan mudah di sini
      bersama kami. Sila e-mel ke laman web ini di Via
      e-mel: [protected]@gmail.com atau whatsapp +2349057770649
      Yang ikhlas
      Balas oleh REV Frank Queens OF SAN GIOVANNI diberkati

  • Fr
      25th of Jun, 2018
    0 Votes

    Adakah anda memerlukan pinjaman?
    Adakah anda dalam krisis kewangan atau memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda atau membayar premium atau memulakan perniagaan? Adakah anda mempunyai penarafan kredit yang rendah dan adakah anda menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dari bank tempatan dan institusi kewangan lain? Ini adalah peluang untuk anda mendapatkan pinjaman dari organisasi kami. Kami memberi pinjaman kepada individu untuk tujuan berikut dan banyak lagi. Pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan, perniagaan permulaan, penyatuan hutang dan wang keras. Kami menyediakan pinjaman kadar faedah sebanyak 3%. Hubungi kami melalui e-mel: [protected]@gmail.com
    Whatsap: +919654763221

Post your comment