Menu
CB Telecommunications Review of MS LEOW
MS LEOW

MS LEOW review: TELEKOM MALAYSIA 6

M
Author of the review
10:56 pm EST
Resolved
The complaint has been investigated and resolved to the customer’s satisfaction.
Featured review
This review was chosen algorithmically as the most valued customer feedback.

10.1.2010 (Sabtu) - Saya telah membuat aduan kerosakan telefon dengan memdailkan nombor 100 di telekom (Cawangan Senawang). Saya report bahawa telefon tiada bunyi dan internet(streamyx) tidak dapat connect. Technical datang rumah menyemak masalah di rumah pada 11.1.2010 lebih kurang masa petang, selepas menyemak kabel telefon di dalam rumah, mereka kata nak rehat seketika untuk masa makan petang. Tetapi tiada sesiapa yang balik semula untuk meneruskan kerja penyemakan pada hari itu.

17.1.2010 (Sabtu) - Saya sekali lagi membuat laporan kerosakan di Telekom (Cawangan Senawang) dengan memdailkan nombor 100 lagi dan melaporkan bahawa talian telefon di rumah tidak berfungsi dan tiada bunyi serta masalah internet yang asyik tidak dapat connect akibat kerosakan talian telefon rumah. Pada 18.1.2010 Technical datang rumah saya untuk menyemak masalah, semasa menyemak setengah mereka kata kena pergi ke rumah belakang untuk menyemak kabel penting (MAIN CABEL) telefon. Mereka pusing ke belakang rumah dengan menggunakan kereta TM, tetapi hilang terus selepas itu. Tiada apa-apa laporan atau penjelasan dari telekom.

24.1.2010 (Sabtu) - Saya sekali lagi membuat adauan kerosakan di telekom (Cawangan Senawang) berkenaan kerosakan telefon di rumah, dan saya juga menjelaskan segala-gala masalah perkeja-pekerja telekom tersebut. Mereka kata akan arrange technical datang rumah saya untuk semakan selanjutnya.

pada 25.1.2010 (Isnin) Operator dari Telekom (03-[protected]) telah menelefon saya berkenaan masalah samada telah selesai ataupun tidak. Saya menjawab TIDAK. Terus dia meminta saya membuat aduan di nombor [protected] dan [protected]. Saya telah pun mengikut arahan dengan menelefon di kedua-dua nombor di atas dan mereka kata akan hantar orang untuk menyelesaikan masalah kerosakan telefon di rumah...

Sehingga hari ini 27.1.2010 (17 hari) saya tidak jumpa sesiapa dari telekom untuk menyelesaikan masalah kerosakan telefon di rumah saya walaupun saya telah membuat aduan kerosakan telefon kepada telekom 3 minggu berturut-turut, padalhal saya perlu membuat bayaran internet sebanyak RM 61.05 setiap bulan tetapi tidak dapat menggunakan internet. Ini sangat tidak adil bagi pengguna streamyx.

Resolved

The complaint has been investigated and resolved to the customer’s satisfaction.

6 comments
Add a comment
S
S
Sadam Rozani
, US
Jun 15, 2016 9:56 pm EDT

Masalah yg same sy hadapi. Lastly habis cntract tros potong streamyx..

S
S
SMK CONVENT KAJANG
, MY
Aug 15, 2011 9:57 am EDT

Pada 12.8.2011, sekali lagi kami pihak SMK Convent Kajang telah pergi terus ke pejabat Telekom Cawangan Kajang untuk membuat aduan mengenai telefon dan fax kami yang telah masuk 3 minggu tidak diperbaiki... kami telah pun telefon talian aduan iaitu 100, mereka janji untuk menghantar orang membaiki telefon kami... tapi tak datang sehingga ke hari ini... mana hak kami sebagai pengguna ... kami berurusan dengan banyak orang kalau tiada telefon macam mana ibu bapa atau pihak-pihak tertentu untuk menghubungi kami. Saya memohon jasa baik pihak Telekom atau mana-mana yang berkaitan untuk membantu menyelesaikan masalah kami ini... sekian, terima kasih...

F
F
farahayu
, MY
Mar 16, 2011 7:27 am EDT
Verified customer This comment was posted by a verified customer. Learn more

telefon di pejabat saya mengalami kerosakkan, tiada nada dering [protected]. termasuk mesin faksimili... alamat saya blok b2-6-3a, solaris dutamas, no. 1, jalan dutamas 1, 50480 kuala lumpur... tolong datang untuk buat pemeriksaan dengan segera...

A
A
abdul kadir
, MY
Jan 23, 2011 5:41 am EST

my phone o4-3977563 is not ringing..my address 63, tingkat kikik 6, taman inderawasih 13600 perai pulau pinang. please see to it. tqvm.

N
N
Netmask8
, MY
Jun 18, 2010 4:32 am EDT

Send your complaint /feedback to :-

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia M'sia :-

ccd@cmc.gov.my and aduanskmm@cmc.gov.my

CC :- help@tm.com.my

Within 1 day, Telekom Personnel will come and fix your problem.. Hopefully ..

A
A
alex l
, MY
May 18, 2010 2:13 am EDT

i agree with that, i face the same problem with u, they oni will transfer the line to sdifferent department, but never taking any action.i had also receive the call from 03-[protected] too. i can't online for 1 months, but i still need to pay the bill for RM 128.00.

Trending companies